Tanah Jelapang

Hibah adalah satu yang tidak layak untuk kita persoalkan. Ia ada pemberian kasih sayang dari seseorang kepada seseorang tak kira samada mak, ayah, saudara atau sesiapa saja untuk sesiapa saja. Ia adalah satu pemberian tanpa sebarang paksaan dan ia bukan lah sebahagian dari harta pusaka yang menuntut kepada penyelesaian faraid atau berakhir dengan perebutan harta.


Puas aku fikirkan akan permintaan ayah. "Ah...kan ayah ada lagi," ujarku lembut bila ayah mahu aku hadir ke Pejabat Tanah bagi urusan pindahmilik tanahnya di Jelapang. "Tanah di Parit ayah dah bagi pada Ain, Jelapang nie untuk along" pujuknya lagi.


Pemberian dari seorang ayah buat puteri-puterinya. Buat ain, adik perempuan kesayangan ku, di hadiahkannya sebidang tanah buat bekalan setelah berumahtangga kelak. Gusar hati si ayah hendak melepaskan puterinya ke tangan orang lain setelah sekian lama di bawah jagaanya. Manakan tahu nasib si anak kelak. Makankah dia? sihakah dia? Senangkah dia? Susahkah dia? Wahai puteri ku sayang, selesai sahaja akad nanti kau bukan lagi milikku. Kau milik suamimu. Taatilah dia. "Akan terjagakah dia sebagaimana aku pernah menjaganya" itulah detik hati seorg ayah apabila melepaskan puterinya pergi.


Begitu juga aku. Berkali-kali ayah meminta aku menerima pemberiannya tapi aku selalu menangguhkannya. Bukan aku tak sudi tapi aku sayu.


Kini ayah sudah tiada lagi. Sudah hampir 2 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Meninggalkan aku, mak, ain (adik perempuanku) dan aie (adik lelaki ku). Sudah tiba masanya kata mak dia menunaikan amanah arwah ayah. Tanah tersebut dipindahmilikkan kepada aku. Kebetulan tanah tinggalan arwah ayah itu didaftarkan atas nama mak.


Sms pertama:

"balik mesti ada agenda ... dah tukar nama tanah ke? amacam best tak ada tanah sendiri?"



Sms kedua:

"Best tak dapat tanah, mak tak nak jaga, reta dia semua hang  sapu dulu. Idup lagi org tua tu, sok lusa balik, plan plak nak buat apa, nak gadai apa pulak?!! mmg keling le hang nie, Cakap lidah bercabang. Nak tipu orang je, tak kira dah angkat sumpah. Mmg muka penipu!!!


Sms ketiga:

"Mmg tak malu betul, kerana harta dia hang sanggup balik dari jauh drive kete bulan pose semata-mata nak uruskan tanah atas nama dia. Orang tua tu tak mati lagi dah hang sapu harta dia. Mmg betul macam cite 3 abdul. Laki bini sama ja"


Bertubi-tubi sms masuk ke handphone aku. Ternyata adik lelakiku, Aie tidak berpuas hati dengan keputusan untuk menyerahkan tanah Jelapang kepada aku. Aku binggung. Aku tak faham kenapa. Sejak arwah pergi meninggalkan kami, ternyata adik-adik aku begitu berubah. Tidak seperti adik-adik yang aku kenal dulu. Aku mendapat khabar yang mak aku di pukul gara-gara menyerahkan tanah itu kepada aku. Kalau ikutkan hati nak aje aku pulangkan tanah tersebut. Sedih hati aku apabila aku tahu ibu aku diperlakukan sedemikian rupa. hilang sudah hormat pada seorang ibu. Hilang sudah kasih sayang buat seorang ibu. Hanya kerana harta. Hanya kerana sebidang tanah.


Ada yang menyokong niat aku untuk memulangkan semula tanah itu dan tidak kurang juga yang membantah. "Kau nak pulangkan balik?!! Apa kau pasti yang bila kau pulangkan balik tanah tu, everything will be ok?", kata Zura kawan baikku. "Cammon Tie, rational sket. Kalau engkau tak ambik, aku rasa bukan kau aje yg tak dapat tanah tu, mak kau pun melepas. Tie, bukan niat aku nak hasut kau tapi kau pikir la, ini amanat ayah kau. Ini hadiah terakhir dari ayah kau. Nasihat aku...terimalah Tie, buat pengubat rindu kau", ujarnya lembut.


Semalam sewaktu aku membelek-belek majalah Solusi. Tertarik aku dengan sepotong ayat yang aku baca.

"Menurut hadis dari Abu Hurairah r.a nabi pernah bersabda: Sesungguhnya berperang itu tidak disukai Allah, tapi wajib bagi kita untuk mempertahankan diri, Hibah itu satu pemberian dari pemberian kasih sayang. (Tidak wajar ditolak)"


Termenung aku seketika pabila membaca bait-bait ayat itu. " Hibah itu satu pemberian dari pemberian kasih sayang. Tidak wajar ditolak."


Tanah Jelapang adalah pemberian kasih sayang dari seorang yah buat puteri yang dikasihnya yang berada jauh diperantauan. Wajarkan aku menolaknya lagi.

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang