Posts

Showing posts from January 30, 2011

Petua untuk Rambut

Masalah Uban: Ambil sebijik kelapa tuan diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiaphari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula jadi. Luruskan Rambut Kerinting: Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petuan ini. Parut sebiji kelapa tuan, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya. atau boleh dicuba basuh rambut andan dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman, Selepas itu, lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan syampu sehingga bersih. Hapuskan Kutu: Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga alus. Campurkan dengan sedi...

Kesederhanaan Islam

Image
" Berapa ramainya orang Islam yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut "kesederhanaan" nafsu, bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu!"
Image
"Orang yang celik mata hati sering melihat api neraka. Setiap kali ia menyalakan api untuk memasak, ia teringat neraka. Setia kali menyaksikan letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap hitam, diikuti aliran lahar yang membakar, hatinya serta merta di penuhi ketakutan."

Paku

Image
Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku. "Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas ibunya. Pada hari pertama sahaja, said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari...

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

Image
1. Ketika hujan 2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat 3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera(berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujuan." (hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam Al Nawawi dalam Al Azkar) 4. Waktu antara azan dan iqamat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat." 5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat 6. Ketika sujud dalam solat 7. Ketika khatam al-Quran (30juzuk) 8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malah yang akhir dan pada waktu sahur 9. Sepanjang Hari Jumaat 10. Kerana mengharapkan bertemu saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat 11. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Suami Cerewet...

Image
Memang tidak ramai orang yang sanggup mengakui kesilapan diri sendiri, lebih-lebih lagi kepada orang yang berada di bawah kekuasaannya seperti isteri. Tetapi sekiranya seorang suami itu sanggup mengakui kelemahan diri dan kesilapan yang dilakukannya, bererti dia seorang suami yang rasional dan "gentleman". Sekiranya suami cerewet: - Isteri selalu dalam keadaan serba salah. Apa saja yang dilakukan menjadi serba tidak kena dan salah. - Dalam melakukan kerja, isteri akan berada dalam keadaan tertekan - Mindanya akan sering berfikir; adakah apa yang dilakukan olehnya menepati kehendak suami? - Isteri akan mengalami rasa rendah diri dan berasa banyak kekurangan - Kerap disalahkan akan membantutkan daya kreativiti isteri - Hati isteri akan memberontak dan mencari peluang untuk " memulangkan paku buah keras" apabila ada kesilapan yang dilakukan oleh suami - Apabila kerap ditegur dan diarah boleh mencetuskan pertengkaran jika isteri menjawab untuk membela diri. Sebaiknya ap...