Posts

Showing posts from May 16, 2010

"...it's not what happens to you, but it's what you do about it."

Image
Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia itu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain. Jadi. Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah? Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah Maha Mengetahui) sejauh mana keimanan hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim no. 6708) Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Apabila diuji dengan peperangan, bar...

Teguran Nabawi

Image
Dalam kehidupan ini, manusia tidak dapat lari daripada dua keadaan - ditegur atau menegur. Semua orang dapat menerima kenyataan bahawa terkadang dia perlu ditegur kerana melakukan kesilapan dan terkadang dia juga perlu menegur untuk membetulkan kesilapan pihak lain. Tulisan ringkas ini bukanlah bertujuan untuk membuat satu kesimpulan yang menyeluruh tentan cara teguran dalam Islam. Tetapi tujuan saya adalah untuk mengingatkan kita terutamanya yang terlibat dalam dakwah - secara khusus atau tidak - agar berhati-hati ketika melihat kesilapan yang ingin diperbetulkan. Adakah kita perlu menggunakan cara kasar atau dengan berlunak? Adakah kita perlu menegur dengan panjang lebar atau cukup dengan hanya peringatan ringkas? Adakah kita menegru dengan memberikan penjelasan atau cukup dengan yanga teguran umum? Namun apa yang mampu saya tegaskan di sini untuk faedah bersama ialah: Pertama, teguran perlu dilakukan untuk membetuklan keadaan terutama jika ia melibatkan perkara yang penting dalam k...

Janji Allah kepada Orang Soleh

Image
"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah berfirman (yang bermaksud): 'Aku menyediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh, yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak penah didengar oleh telinga, dan tidak terlintas di hati manusia."(Muttafaq 'alaih - hadis sahih)

Musibah: Pahit di dunia manis di akhirat

Image
"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan kala, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Bukan Cinta Biasa!

Image
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinanyang tidak bahagia...cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasanganku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu. Mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja... Siapa antara kedua-dua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar dengan perkahwinanyang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai. Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat r...