Posts

Showing posts from June 26, 2011

Conference lagi.....

Bila student semua dah kuar gi praktikal, masa aku agak free sket, selain daripada kene buat filing huhuhu.....jadi aku volunter untuk bantu dlm conference kat sini dgn syarat.....chairman kene la mintak approval dari boss aku. Karang pandai2 volunter, by- pass boss, takut kene marah lak hehehe...tapi bos aku sporting. Nak tahu ape dia komen, Chairman la yg citer kat aku. Ble dia kata dia nak mintak aku tolong dlm Sekretariat International Conference tu, boss aku kata; "Good Choice!, you have made the right decision." Bukan sbb aku x de keje tapi maksud dia, coz aku ada good communication skill untuk interact dlm International Level. Terharu. Alhamdulillah. Its a verbal recognition. hehehe...So, skrg aku jadi the Focal Point dlm sekretariat. Jadi sesiapa yg berminat silalah layari website dibawah... http://www.iium.edu.my/icimsis2011/

Aku dan Training Unit

Lama rasanya x berbicara dlm blog nie...sibuk? Boleh la...dgn keje dan training. Waktu student cuti nie la baru staff2 berpeluang nak pegi training. Dlm entri yg lepas ada aku luahkan yg aku kene tukar ke unit lain, tapi sehingga tika dan saat ini, aku masih lagi di sini, bersama Training Unit. Nampaknya aku masih lagi di perlukan disini. Jadi, kita buatlah apa yg patut....selesaikan masalah student2 dgn tmpt praktikal. Ada yg accident dpt MC 2 minggu, ada yg melecur tangan masa buat keje kat tmpt praktikal, ada yg accident masa nak pegi keje, ada yg tempoh praktikal tak cukup tempoh, ada jugak yg nak sambung buat praktikal sbb nak elaun, ada jugak yg nak tukar unit lain-lain dlm tmpt praktikal dan mcm2 lagi. Tadi JPA call. Aku enggage, x sempat nak jwp. Call balik tadi, biasalah general line jadi x pasti siapa yg telefon. Debar jugak. Jgn la masalah dgn student yg buat praktikal kat sana. Mudah2 semua ok. Kene uruskan jugak untuk lecturer visit. Call student tak dapat sbb no hp dah ...

Berkasih Sayang kerana Allah

Image
. Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menciarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain. Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya: " Ke mana kamu ingin pergi?" Jawab lelaki itu jujur:"Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini." Malaikat bertanya lagi:"Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?" Lelaki itu menjawab:"Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah." Berkata malaikat:"Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya."(Riwayat Muslim) Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi ...