Posts

Showing posts from January 8, 2012

Doa

Bacalah ( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم ) tiga kali di waktu pagi dan petang dengan ikhlas, bersungguh serta yakin, nescaya akan terhindar dari MUSIBAH secara tiba2 yang tidak tertanggung di pagi dan malam tersebut. Demikian pesan Nabi dalam hadis yang sohih. Ertinya bacaan itu "Dengan nama Allah yang tiada mudarat dengan namaNya sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dialah yg maha mendengar lagi mengetahui". Hadis riwayat ibn majah & tirmidzi.

Dayus

Image
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang...

Positivekan Diri ya...

Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita, menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh, InshaAllah...! (Ustaz Zaharuddin)

Kita tidak tahu siapa yang menDOAkan kita

Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain. Jangan tiba-tiba kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kamu mencemuh mrk yang mendoamu, doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, doanya mungkin akan terus milikmu jua. Ingatan buat diri & semua.(Ustaz Zaharuddin)

UPDATE Keje

Perselisihan & salah faham dalam rumah tangga byk berlaku kerana pasangan, masing-masing tidak UPDATE tentang 'Apakah kerja yg sedang membebani pasangan'. Hasilnya, pasangan mudah berfikir bukan2 seperti tiada lagi kasih, cinta dll padahal itu hanyalah ilusi. Justeru, sebagai tips, cuba senaraikan senarai kerja isteri dan suami anda secara spontan (termasuk dateline) sekarang & bandingkan dgn senarai sebenar dari pasangan. Mungkin ia akan mampu pasangan memahami keluhan & keserabitan pemikiran pasangan hingga menggugat romantisnya dia dll ( Ustaz Zaharuddin)

Ikhlas

Kalau tidak boleh menyenangkan, usahlah menyusahkan. Kalau tidak boleh membahagiakan, usahlah menderitakan. Jika kita benar-benar ikhlas, biarlah nampak ikhlas bukan berkata yang kita ikhlas. Kita boleh berpura-pura sekali sekala tetapi tidak setiap masa. Siapa sebenarnya kita lambat laun orang akan ketahui juga. Fikir-fikirkanlah. (motivasi dari Dr. Tengku Asmadi)

Murabbi Cinta 2 : Iman Bukan Warisan

Kita tidak dapat berbuat apa-apa, jika ada ilmuwan agama yang sibuk mengajar orang lain. tetapi melupakan ahli keluarga sendiri. Bak kata pepatah Melayu, 'monyet di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Tiada siapa yang patut disalahkan jika diri sendiri yang mengabaikan amanah Allah terbesar itu. Tetapi kita tidak harus lupa, bahawa hidayah adalah hak mutlaknya milik Allah. Seorang ibu dan bapa, dengan segala ketinggian ilmu dan hikmah yang ada padanya, boleh sahaja mendapat kurniaan keturunan yang baik-baik seperti Ibrahim beranakkan Ishak, Ishak pula beranakkan Yaaqub dan Yaaqub pula beranakkan Yusuf, 'aliayhim al-solaat wa al-salaam. Tetapi tidak semua bapa dikurniakan zuriat seperti zuriat Ibrahim. Dan ada juga anak yg mulia, berbapakan bapa seperti bapa Ibrahim. Ujian Allah tidak semetinya datang dalam bentuk penjara, bukan digam, bukan ditukar tempat kerja atau dibuang kerja. Tetapi ujian datang pada pelbagai bentuk yang kadang-kadang tidak mengangkat...

Hati manusia

Apa yang terkandung di dalam hati manusia tidak akan dapat disembunyikan selamanya kerana suatu masa nanti ianya pasti akan terzahir melalui ucapan dan tindakan. Hati-hatilah kerana apa yang terzahir akan mencerminkan akhlak dan peribadi…

Rindu..

Ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Murabbi Cinta 1 : Bercinta sampai ke syurga

Image
Buku yg akan direview pada kali ini adalah : MURABBI CINTA .Kenapa ya tiba2 sy berminat nak mereview buku ni? Sbb hati ini agak sedih, mungkin sedikit kecewa. Alhamdulillah dia semakin sihat cuma agak terkilan kerana semua akan kembali seperti sediakala. Sekiranya sediakala yang positive pastinya semua org suka tapi sekiranya sediakala yg agak negative , maka aku mencari2 sesuatu untuk menceriakan hati ini. Maka Allah temukan aku dengan MURABBI CINTA. Hajat hati mahu bercinta semula dan sangka ku cinta yg dulu tawar, musibah memaniskan semula tapi itulah adatnya jika kita mengharapkan cinta manusia. Kejap panas, kejap sejuk. Bila dlm keperluan, kesusahan baru kita teringat, mencari2. Bila tak diperlukan, kita makin dilupakan. Hajat hati ingin bercinta hingga ke syurga. Mampukah aku?  Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya? Pesan penulis Hasrizal Abdul Jamil: Buku itu bukan ditulis untuk pembaca membaca cerita kehidupannya, tetapi...

Dari Prof Dr Muhaya

Image
Sesiapa yang fikir mereka perlu pada manusia untuk selesaikan masaalah tanpa pertolongan Allah akan tetap tidak tenang. TIdak ada orang boleh ubah cara kita berfikir dan melihat sesuatu hanya kita dan Allah swt. Jika minda kita negatif dan hubungan dengan Allah tidak kuat semua perkara menjadi masaalah. Sebenarnya segala kesusahan kita alami Allah beri untuk kita lebih kuat dan mendapat pahala. Ad alah tidak logik kita email masaalah kita dan mengharapkan masaalah diselesaikan. Cuba tingkatkan ilmu dan ubah fokus hidup untk mencari redha Allah. Bila email kita tidak dibalas itu suatu tanda keterbatasan masa orang yang kita email dan mesej yang tersirat. Cuba dekati orang yang rapat dengan kita untuk masaalah kita

Kerehatan jiwa

Sabar dan syukur itulah hiburan sejati kepada orang yang beriman. Iman akan menghilangkan rasa bimbang, takut, sedih dan kecewa dengan hal-hal dunia. Begitu juga dengan solat. Ia adalah suatu kerehatan di jiwa.

Stres

Stres bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. Sediikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.

Anak kita

50%kanak kanak sekolah mengalami kemurungan- Dr Ahmad Saat Baki. Sama lihat anak anak kita. Anak anak pencen kubor kita. Siapa kita nak anak kita jadi ahli syurga atau sebaliknya. Ibu bapa harus soleh dan solehah nak jadikan anak soleh dan solehah. Ibu bapa lihat diti sendiri dan lihat anak anak

Main ape ya...

ISTERI : abg ape kte mlm ni kte xpyh tdo sme2.. abg tdo lua, ayang tdo dlm blik SUAMI : knpe syg.. ISTERI : ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkn smue kburukan abg sbyk mgkin dn abg pun catatkn tntg kburukan ayang sbyk mgkin!esok pg kte bace blik tntg ape yg kte dah tulis tu.. SUAMI : ok.. mlm tu si isteri senaraikan tntg kburukan suami die smpai xtdo.. suami die di ruang tamu pun x tdo...hgga ke pg wktu sarapan,, ISTERI : ha, mcm mne, spe nk mulakn dlu??? SUAMI : ayang dlu mulakn.. ISTERI : ok abg dgr tau, (sambil mngeluarkn 2,3 helai kertas yg dicatat nya mlm td) ISTERI : abg x romentik... abg x pndai pujuk.. abg bla bla bla.. bla bla bla.. ok dah, skang abg plak..! SUAMI : (die mngeluarkn 3,4 helai kertas yg kosong...) abg mntak maaf... takde ape yg abg dpt senaraikn tntg kburukan ayg.. sbb abg trima ayg seadanya.. dan sgala kburukan ayg abg sentiasa maafkn.. dn abg mntak maaf klau abg xsempurna di mata ayang... si isteri trgamam dn air mata jatuh brlinangan...

Malu

Cair muka manusia kerana terlampau malu pada Allah bila aib di buka pada hai akhirat. Oleh itu jangan kita buka aib orang dan menggunakan internet untuk membuka aib secara cepat dan share link yang tiada manafaat seolah olah suka apabila orang lain mendapat musibah atau tersimpang. Sepatutnya kita doakan dan tutup aib orang supaya Allah tutup aib kita. Jika kita menerima ketidakadilan bererti kita pernah tidak adil pada orang. Cuba renung kepada siapa kita pernah berlaku tidak adil

Siapa mendoakan kita?

Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain. Jangan tiba-tiba kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kamu mencemuh mrk yang mendoamu, doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, doanya mungkin akan terus milikmu jua. Ingatan buat diri & semua

Jika .....

jika ingin meminta pendapat atau meluah masalah dari seseorang, perhatikan juga latar belakangnya: jika kaki umpat, masalah aku mungkin dijadikan bahan berita kpd org lain... jika kaki gaduh, mungkin dia tawarkan diri utk masuk campur urusan kamu... jika kaki bomoh, dia mungkin tunjukkan jalan sihir dan khurafat... jika kaki maksiat, mungkin maruahmu sanggup dijual asal masalah selesai.. jika dia orang beriman, kepada Allah pusat segala penyelesaian....

Rezeki

REZEKI adalah rahsia Allah. sebab itulah:- -kalau bukan rezeki, dalam mulut pun boleh keluar balik -kalau dah rezeki, org aniaya macam mana pun, tetap dapat... -tak berusaha pun ada yang dapat habuan -berusaha keras belum tentu dapat apa yg diinginkan NAMUN, perkara paling penting ialah- syukur selalu kerana rezeki Allah amat luas cuma kita saja yg sempitkan dengan buruk sangka, dengki & khianat

DIAM

Banyak orang berkata: “Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi ?” Aku katakan kepada mereka: suatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebaikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat! harimau di hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari karena selalu menyalak. (imam Syafi'i)