Posts

Showing posts from December 6, 2009

Oksigen Cinta

Image
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. "Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jka ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita, bukan sebaliknya. Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan "pertunjukan" dengan peranan yang lebih berkesan. Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Waktu itu darah tinggi, diabetes, tahap kolest...

Antara ORANG AGAMA dan ORANG BERAGAMA

Image
Adakalanya ibu bapa keliru antara menjadikan si anak beragama dengan menjadikannnya orang agama. Apa yang dihajatkan oleh seorang ibu dan bapa itu hakikatnya sudah sempurna tercapai apabila si anak menjadi manusia beragama. Tidak semestinya hingga jadi "orang agama" Ilmu agama itu perlu untuk bekalan diri, tetapi memaksa anak menjadi "orang agama" tanpa kerelaan hati si anak, bukan sahaja merosakkan dirinya, malah anak itu ada upaya pula merosakkan orang lain. Untuk anak menjadi orang agama, seelok-eloknya biarlah atas pilihan dan perancangan. Namun untuk menjadi oran gyang beragama, ia bukan pilihan, biar pun mungkin denga sebuah paksaan!

What you give, you get back!

Image
"We make a living by what we get we make a life by what we give - kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan." Allah mengingtkan dlam firman-Nya yang bermaksud: " Dan tidaklah sma (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat, jadi, tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orangyang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah-olah seorang sahabat."(Surah Fussilat 41:34) Langkah kita memaafkan orang lain termasuklah dalam erti 'tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan" seperti yang dituntut itu. Berilah kemaafan kerana manfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Hidup Untuk Memberi

Image
Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. What you give, you get back - apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam sunnatullah - what goes around, comes around . Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita. Ramai orang yang gagal dalamhidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaik...