Posts

Showing posts from August 1, 2010

Namrud, Firaun dan Qarun

Sekuat mana pun kita janganlah membangga diri. Sakit dan mati boleh datang tiba-tiba. Ketika itu jangankan hendak memerintah orang lain, mengangkat tangan dan mengelipkan mata pun tidak berdaya lagi. Jika Namrud dimusnahkan dengan hanya seekor nyamuk, Firaun oleh air, Qarun oleh tanah, maka tidak sedarkah lagi wahai manusia bahawa pada zaman moden ini manusia telah dihancurkan oleh virus dan bakteria, yakni makluk yang lebih kecil daripada apa yang disebut sebelum ini?

Masih Takabbur....??

TANDA TAKABBUR 1. Tidak suka berdoa 2. Mudah Terluka dan melukakan hati orang lain 3.Sukar memberi dan meminta maaf 4. Memotong cakap orang lain 5. Gila kuasa dan jawatan 6. Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh 7. Gila pujian 8. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya 9. Tidak suka berziarah KESAN TAKABBUR 1. Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur 2. Tidak disukai Allah 3. Terhalang daripada masuk syurga 4. Idaman neraka jahanam 5. Terjerumus dalam maksiat 6. Allah tidak akan memandang kepadanya. Itulah definisi, ciri dan tanda-tanda takabbur. Sekiranya sifat takabbur sudah menjadi tabiat ia boleh dikesan secara menyeluruh dan holistik. Sifat takabbur itu akan terzahir (menurut Imam al-Chazali) pada cara menundukkan kepala, duduk bersila atau bertekan ke lantai. Dan kelihatan juga pada perkataan, intonasi suara, cara berjalan, berdiri, duduk, gerak dan tenangnya. Malang sekali kalau kita memeiliki sifat takabbur tetapi masih tidak menyedarinya kera...

Aku LEBIH BAIK daripada kamu?

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri olehNya melalui sebuah hadis Kudsi. Kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk terhadap Khalik ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur? Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang dicipta daripada tanah. Menerusi sifat takabbur yang diwarisinya iblis meneruskan "legasinya". Dia terus merekrut "protege"nya yang terdiri daripada yaitan dan manusia sepanjang zaman. Maka lahirlah Firaun, Hamam. Qarun, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Kamal Ataturk dan ramai lagi.