Posts

Showing posts from June 29, 2014

Resepi ayam Masak Merah yg paling simple

Bwg merah,
Bwg putih,
Halia,
Serai ...kisar semua 

-Goreng ayam dgn garam dan kunyit..pastu angkat 
-Tumis dlm minyak ayam td bhn2 kisar.. -bila dh naik bau..masukkan cili kering kisar 
-Dh pecah minyak sume bhn2 tumis td..masukkan tomato sos..ikut masam yg suka..biar sekejap
 -masukkan gula dan garam ikut rasa 
-masukkan bwg besar potong bulat .

Belajar hidup memang penuh dengan air mata. Sampai satu tahap, mesti kita semua akan rasa, menjadi matang untuk kuat dan berani berhadapan dengan masalah. Kadang-kadang kita rasa, cukuplah, aku betul tak kuat. Tapi, bila kita rasa kita lemah, Allah hantarkan sesuatu atau seseorang untuk menguatkan kita. Allah tak pernah kejam. Kita manusia yang pilih untuk menzalimi diri sendiri dan dizalimi. Manusia macam aku. Dan betul juga, Allah takkan menduga, melebihi kemampuan. Allah takkan mentakdirkan sesuatu kehilangan, tanpa menyediakan sesuatu yang lain.

Japanese cheese cake

Image
Bahan-bahan
7 keping cheddar cheese
200ml susu
75gm butter
75gm tepung naik sendiri
4 biji telur
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara cara
1. Siat siatkan cheddar cheese campurkan dengan susu. Masakkan atas api perlahan. Kacau sokmo
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair. Tutup api n sejukkan
3. Asingkan telur putih n telur kuning
4. Pukul telur putih, gula n cream of tartar sampai jadi meringue
5. Kemudian pukul telur kuning sampai kembang. Campurkan dgn campuran susu cheese n butter tadi (tapis)
6. Masukkan tepung sedikit sedikit. Kacau perlahan hingga sebati
7. Masukkan adunan putih telur. Kaup balik.
8. Lapiskan loyang n panasksn oven
9. Masak 30 min guna kaedah bain marie

DOA Nabi Ayob (Utaz SHARHAN Ayat Muntahkan Penyakit)

DOA NABI YUNUS a.s

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

I am thankful

Image

Stand Tall

Image

KITA SEBENARNYA BAGUS!

1) Pernah tak pada satu-satu masa, kita merasa apa yang kita buat kurang setanding dengan apa yang dihasilkan oleh orang lain?
Pernah tak kita merasa kerdil bila terfikir nama mereka dan hasil kerja mereka?
2) Elak untuk bersikap sebegitu. Sebenarnya, jika kita selalu buat apa yang dikatakan tadi, kita memandang rendah pada kebolehan diri sendiri, sebab kita tidak memberi ruang kepada fikiran untuk menggali kebolehan diri sendiri.
3) Kita telah meletak rasa sangsi pada bakat dan kekuatan diri kita. Inilah sebab mengapa ramai orang merasa kurang yakin, atau berfikir tidak boleh melakukan sesuatu sehebat orang lain.
4) Pedulikan orang lain, fokus saja pada diri sendiri dulu. Jadikan orang lain sebagai mentor, model, idola atau seseorang yang kita cukup kagumi.
5) Kita membunuh bakat diri sendiri jika selalu berfikir sebegitu. Ingat, kita semua dilahirkan unik!
6) Cara terbaik adalah dengan menjadikan mereka sebagai aras ukur kualiti usaha kita. Fokus pada proses pemba…

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :
---------------------------
- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper maggi
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur ** idah guna 4 biji
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka
Cara-cara Untuk Inti :
--------------------------
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
- Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
- Masukkan sayur jika perlu
- Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
- Ketepikan dan biarkan ia sejuk
Untuk Roti :
--------------
- Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
- Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
- Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penu…

Nota dari Sahabat

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang tidak reti nak mengasihi sesama makhluk, maka dia bakal tidak dikasihi Allah kelak..

Kita zaman laa ni suka naya kat orang, suka buat orang sakit hati, guane Allah dan Rasul nok sayang kita??

Kata sahabat saya, "sekali dikhianati, boleh je nak bagi peluang kedua tapi peluang takkan sama dah macam yang pertama..kalau nak juga macam yg pertama, earn it!"..

So, tak kira awak siapa, jangan sesekali khianat hamba Allah yang lain.. Saya akan TINGGAL je manusia macam ni..
..........................................................................................
Ada beberapa JANGAN yang kena ambik kira.

1- JANGAN HARAP yang suami akan kekal sampai hujung nyawa dengan kita. Tarikh nikah itu TAKDIR tapi pertengkaran, pergaduhan, percurangan yang akhirnya mengheret perceraian itu ATAS acuan diri masing-masing. JANGAN HARAP YA. Sebab kaum perempuan selalu HANCUR binasa kerana SILAP berharap. Pasai tu firman allah ' JANGAN kamu berharap-h…

Agar-Agar Marble

Image
Bahan-Bahannya
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko
Cara-Cara Membuat
Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula. Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang.
Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan

Resepi Ayam Goreng Berempah

Image
Bahan - Bahan :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5-7 biji cabai kering
1 sudu mkn serbuk rempah
3 batang serai
1 biji telor
1 s/kecil serbuk kunyit
3 sudu mkn tepung jagung
garam dan serbuk perasa
Cara - Cara :
1.semua bahan dikisar bersama dan diperap Bersama ayam selama 10-20 minit
2.Sedia Untuk di Goreng Sehingga Warna Keemasan