Posts

Showing posts from June 2, 2013

Alkisah Ciuman Pagi

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu be…

[Amalan] Ayat Syifa'

Bagi yang terkena penyakit sihir, buatan orang, sakit misteri, gangguan makhluk halus dan seumpamanya, amalkanlah ayat ini.

Bagi lebih mantap lakukan cara berikut:

1. Mulakan dengan Basmalah.
2. Baca istighfar 7x sebab kita insan yang berdosa.
3. Baca Syahadah 3x sebab kita tidak tahu kalau-kalau kita ada syirik dengan Allah.
4. Baca Al-Fatihah - Penghulu ayat.
5. Baca Ayatul Qursi. Ayat ini memang jin, syaitan dan iblis gentar.
6. Baca 3 Qul iaitu al-ikhlas (3x), al-Falaq dan An-Nas. Ini adalah ayat-ayat yang Nabi saw baca ketika disihir.
7. Baca ayat di atas at-Taubah 9:14 sebanyak mungkin.

Yang menyembuh itu Allah bukan ayat! Jadi tanam keyakinan pada Allah.

Bagi yang mahukan penjelasan tentang Nabi SAW pernah disihir, berikut ialah hadisnya:

Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, bagin…

12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.

Saya nak berkongsi dengan korang 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

BERLEMAH-LEMBUT DALAM BERBICARA

Kebiasaannya, manusia akan bertindakbalas melalui imej dirinya. Apabila dia bersama ahli keluarga yang tidak pernah menghargai apa yang dilakukan ataupun berbual agak kasar dengannya, maka imej dirinya bersama keluarga amat rendah. Ini bererti, dia mungkin merasa kurang diterima dalam keluarganya. Tetapi apabila dia bersama orang luar, dia dipuji dan dihargai, maka imejnya akan meningkat dan dia akan bertindak balas dengan baik. Perbualannya penuh sopan santun dan sebagainya, kerana dia berada di sekeliling orang-orang yang menghargai apa yang dilakukannya. Orang yang pemarah adalah orang yang takut; takut kehilangan dan takut tidak dihormati. Orang yang marah akan berasa takut kerana dia bergantung kepada manusia dan penghargaannya, bukan kerana Allah s.w.t. Contohnya, sesiapa yang bergantung kepada jawatan, akan bimbang jawatannya itu hilang. Sesiapa yang bergantung kepada Allah, dia akan sentiasa kuat dari segi mental dan fizikalnya, kerana dia tidak memikirkan mengenai apa yang o…

~Ujian hebat milik orang yang hebat.

Siapa yang menganggap ujian itu satu penghinaan, anda salah.

Pengalaman hidup mengatakan bahawa, orang yang diuji, pasti Allah mahu memberi sesuatu yang lebih baIk lagi. Maka, sabar,ikhlas dan redhalah dengan ujian yang mendatang.

DOA-DOA DALAM SEMANIS KURMA :

1. Doa Agar Anak Cepat Cerdik : SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2. Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAHLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

No matter what

Image

Life is short , Feel Happy

Image

Mudahnya kita mencari Kesilapan orang..

Kita mudah mencari kesilapan pada orang lain, adakah kita dapat mencari kesilapan pada diri sendiri?

Ambil sekeping kertas and tuliskan kesilapan kita. Kemudian, ambil lagi sekeping kertas lain, dan tulis kesilapan orang lain?

Berapa banyak kesilapan yang anda jumpa pada orang lain?

Apabila pada orang lain, kita mengkritik. Apabila kita sendiri, kita kata, tak mengapa, kita boleh cover.

Kita salahkan anak, salahkan orang terdekat, orang tersayang.

Jika kita mengkritik orang lain, siapa yang mengkritik kita?

Jika kita sangsi pada orang lain, siapa yang sangsi pada kita?

Jika kita bandingkan dengan orang lain, siapa yang bandingkan dengan kita?

Jika kita ketawakan orang lain, siapa yang ketawakan kita?

Jika kita merasakan seseorang itu bodoh, berapa lama kita rasa untuk orang lain berpendapat bahawa kita bodoh?

Tulisan ini adalah untuk muhasabah diri dalam hubungan seharian sesama manusia. Kita kena berusaha untuk faham akan diri sendiri.

Apa yang dilihat, dirasa, difikirkan bukan dise…

Kenapa Perlu Marah?!

Selain 'expectation' atau harapan, punca kemarahan datang daripada ego sendiri.

Orang yang panas baran, mudah marah lazimnya:

1. Menganggap dirinya lebih penting daripada orang lain...

a. Mengapa aku dilayan bagai orang biasa...
b. Mana aku nak letak air muka aku kalau macam ni ....

2. Menganggap diri mereka sentiasa betul...

a. Itu hak saya... (walaupun tak pernah usaha)
b. Aku pejuang sebenar, orang yang mengkritik cara aku, semua anti-perjuangan...
c. Kan dah suruh abang buat itu dulu, sekarang tengok apa terjadi...

Orang yang mempunyai kedua-dua ciri di atas akan mudah marah apabila mereka tidak mendapat sesuatu yang dihajatkan.

Ingatlah, terdapat 6.8 billion manusia di muka bumi Allah. Kadangkala untuk seseorang lain mendapat sesuatu, kita terpaksa hidup tanpa sesuatu benda itu.

Semua orang ada kelemahan masing-masing, yang muka jelita tapi hatinya busuk, yang hati baik tapi tak handsome... itulah uniknya ciptaan Allah - supaya boleh saling menerima, saling memanfaatkan…
Image

Biar

Image

Lawak Tengahari

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak,

"Makan apa kita malam ini?"

Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si iste…

Daging Goreng Kicap

Image
Share dari FB seorang teman: Terliur tengok.. dah boleh simpan resepi utk bulan puasa nie..

Daging goreng kicap kak n.resepi dari Chef Joha Hassan tq Chef.cuma kak n tambah mix vege dan kentang goreng dicampur dlmnya

Bahan
1/2 kg daging dibersihkan dan potong nipis perap 2 jam dlm peti ais dgn bahan dibawah ini
Sebiji bawang holand kuning yg besar potong bulat2,bawang puteh dan halia ditumbuk.
Serbuk ketumbar yg telah disangai,serbuk jintan manis dan jintan puteh yg telah disangai 2 sudu gula pasir.sedikit garam dan perasa,serbuk kunyit
1 cawan mix vege
3 biji kentang yg besar dibersihkan dan potong 6 goreng garing

Cara
Bila nak masak daging just tambah 2 sudu kicap,dan 2 sudu minyak dlm kuali dan 2 cawan air biar daging masak dgn lembut.
Bubuh kulit kayu manis dan bunga lawang.bila daging dah lembut masukan kentang goreng dan mix vege.
Rasa rempah dan manis.selamat mencuba

Kadang-kadang...

♡Kadang-kadang Allah uji dengan kesusahan sebab Dia nak beri kesenangan..
♡Kadang-kadang Allah uji dengan kesenangan kemudian Dia datangkan kesusahan..
♡Kadang-kadang Allah uji dengan kebahagiaan kemudian Dia datangkan kesedihan..
♡Kadang-kadang Allah uji dengan kesedihan sebab Dia nak beri kebahagiaan..

♡♡Untuk uji dimana Level Iman. untuk uji sejauh mana kita faham istilah 'Redha', istilah 'Qada' dan Qadar'... Syukur Alhamdulillah...
Tetaplah Tersenyum

BUAT BAIK SELAMA-LAMANYA - Ustaz Pahrol

Image
Ingin saya kongsikan satu artikel yg amat menyentuh rasa hati seorang isteri..." Bukan letih badan tetapi perasaan." bisikan hati seorang isteri yang tidak terluah. Bergenang airmata bila membacanya...hanya Allah yang tahu.
BUAT BAIK SELAMA-LAMANYA 05Jun “Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “
Saya diam.
“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”
Saya masih diam. Ibu  separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.
“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.
“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.
“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.
“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.
“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”
“Oleh siapa?” tanya saya.
“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.
“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.

Saat Hati ingin...

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

Kata-kata hikmat Salahudin Al-Ayubi

Image

Biar airmata kita

~♥ Biar airmata kita mengalir menyesali segala DOSA..
daripada hanya KETAWA tanpa mengira MASA..

~♥ Biar airmata kita mengalir ketika BERTAUBAT..
daripada tak sempat kerana TERLAMBAT..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana SYUKUR..
daripada terus terleka dalam KUFUR..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK..
daripada tergoda dengan SYAITAN yang MEMUJUK..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA..
daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DERHAKA..

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana rindukan SYURGA..
daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

Dalam Sujudku

Sujudku menguatkan aku. Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, Allah mendengar setiap rintihan hatiku.

Allah mengerti pedih di kalbuku. Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah.

Ya Rabb..
Inginku berteleku panjang dalam sujud ini..
Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati,
hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..

#“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya..” [HR. Al-Hakim]

"Allahuakbar"

Kita selalu takut diuji dgn kesusahan

“Kita selalu takut diuji dgn kesusahan tetapi jarang kita takut bila di uji dgn kesenangan. Sama audit diri. BIla di keji di sakiti kita menangis merayu pada Allah, tapi bila di puji , dihormati , di hargai apakah kita menangis pada Allah. Pujian lebih bahaya dari teguran kerana ia boleh membuatkan kita tersungkur kerana mungkin timbul ujub. Bila susah manusia akrab dgn Allah tapi bila senang mudah lupa Allah. Jom takafkur diri kita. Jom renung ayat AL Anbiya ayat 35 . Allah akan menguji kita dengan kesusahan dan kesenangan.”
— Prof Muhaya.

Jika anak saya mati, apa yang doktor nak buat!

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak s…

Hargailah sesuatu waktu yang ada...

Cuba kita tanya orang sekeliling kita, jiran kita ....

Apa yang boleh menenangkan hati mereka?

Sudah pasti ada yang menjawab:

1. Percutian di sesuatu tempat...
2. Lebihan pendapatan RM500 sebulan akan tenangkan hati...
3. Dapat kereta baru...

Ya semua di atas, walaupun kebendaan, boleh tenangkan hati... akan tetapi untuk seketika sahaja.

Bayangkan hari ini, anda mendapat lebihan RM500 sebulan seperti yang diharapkan, anda gembira... tapi percayalah dalam masa dua bulan akan datang anda akan terasa gaji baru itu tidak cukup dan anda inginkan lebih RM1000 sebulan.

Ketenangan minda jarang boleh dicapai dengan kebendaan. Biasanya dapat lagi banyak benda akan menjurus kepada lebih banyak benda yang ingin dimiliki.

Jadi di manakah ketenangan minda bermula... ia bermula apabila kita tahu bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada waktu ini.

Tahu bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.

Antara nikmat bersyukur - sekiranya kita …

Mee Bandung Johor

Image
Mee kuning- dicelur
1/2 kilo daging-di rebus
1 mangkuk cili giling-di kisar
4 ulas bawang putih-di kisar
6 ulas bawang merah-di kisar
semangkuk kecil udang pepai kering/udang kering-kisar
2 sudu besar tepung jagung-utk memekatkan kuah
semangkuk kecil kacang tanah-kisar
sawi
telur
daun bawang/daun sup-hiasan
bawang goreng-hiasan

cara
*tumis bahan2 kisar
*masukkan udang kering kisar
*masukkan daging dan air daging
*masukkan sayur, air tepung jagung
*masukkan kacang tanah kisar
*masukkan garam, perasa
*pecahkan telur
*masak hingga mendidih
hiaskan dgn hirisan daun bawang, bawang goreng,

Cerita Atuk..

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”

Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”

Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”

Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”

Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”

PANAS BARAN: Sifat Yang Memusnahkan

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak bersa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul. Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik'. Jadi, jika pasangan anda adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, ma…