PANAS BARAN: Sifat Yang Memusnahkan



Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak bersa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi pasangan dengan kaedah dan cara yang betul. Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik'. Jadi, jika pasangan anda adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:
1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada pasangan
3. Cuba berkomunikasi yang baik
Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegrlah secara bijaksana. - Prof Dr. Muhaya, Bahagia & Membahagiakan

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang