Posts

Showing posts from January 4, 2009

Ada kalanya sepi lebih indah

Image
Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya juga suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?






Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi.



Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.



Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain darim…

Aku Serik Untuk Bertepuk

Aku serik untuk bertepuk Bukan kerana tidak berbunyi.... Bunyinya kuat Terlalu kuat cuma intonasinya tidak menarik Tanganku sakit
Aku serik untuk bertepuk Kerana tanpa aku sedar Yang aku tepuk ialah dinding kukuh Yang tiadak ada Hati dan perasaan Tidak tahu menilai Apa jiwa yang menepuk
Aku serik untuk bertepuk Tidak mahu lagi tangan sakit Tidak mahu dengar gauman kasar Aku serik untuk bertepuk Kerana bila kutepuk Jangkanya dapat balasan Gemalai Namun cuma hina menyiram Darah terpancul tidak menentu Mengherdik Dan mengherdik lagi Kala aku mahu bertepuk Bukan setakat tangan kanan, tangan kiriku turut sakit Kerana yang kutepuk adalah dinding Manusia berjiwa dinding Yang buat hatiku juga turut sakit

Happy New Year 2009

Image
Happy New Year 2009. Today first day aku masuk keje bagi tahun nie. First time in my life aku miscarrage...seminggu kat spital, msk air sampai 6 botol...Sakitnya lebih dari org bersalin. Pun kene berpantang mcm org lepas bersalin malah lebih lagi. Isk isk isk...xpe Allah bagi aku rehat after all the "fun" that i had huhuhu..
Hidup perlu dilalui dengan penuh yakin bahawa hari itu memang hari yang telah disediakan untuk kita. Tak gitu?A friend sent me this quote:
Kupinta pada ALLAH setangkai bunga yang segar, Diberikan kaktus yg berduri. Kupinta kupu-kupu, diberiNYA ulat. Dlm kecewa dan sedih aku tetap bersyukur. Namun, tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Begitulah cara ALLAH mengasihi kita, amat indah pada waktunya.


Ya Allah Ya Tuhanku, atas apa yg telah aku lalui....aku mohon...KAU keluarkan lah aku dari kepompong dan KAU jadikanlah aku menjadi rama-rama yg cantek.