Posts

Showing posts from 2010

Mencari CintaMu

Ya Allah!

Ku buka lembaran catatanku ini

dalam perjalanan mencari cinta kepadaMu.

Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala

Kau tiada dihatiku

Telah kujatuh tersungkur

ke lembah hina bila hatiku jauh daripadaMu

Telah kuterapung di langit kecewa bila hilang

Namamu dari jiwaku.



Ya Allah!

Maka sehinanya sifatku ini..

restuilah perjalananku ini dalam mencari cintaMu.

Agar tidak sesat berliku diriku ini di penjuru waktu.



Ya Allah!

Tiada serinya hidupku ini meskipun

melimpah kasih insan sedangkan tiada pula

KasihMu dihatiku.



Andai tiada juga kasihku untukMu

dihatiku...maka restuilah perjalan batinku ini..

di dalam mencari jalan untuk pulang kepadaMu

dengan cinta yang suci

Orang Bijak Panjang Umur

Image
Panjang pendek umur manusia tidak sama. Kita datang ke dunia ibarat menaiki bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu. Begitulah juga sebaliknya. Tidak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian. Ada masanya yang naik dahulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian tetapi turun terlebih dahulu. Panjang atau pendek umur tidak penting. Apa yang penting adalah bagaimana menggunakan nikmat usia yang Allah anugerahkan selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita.

Anehnya Perjalanan Masa

Image
Usia umpama harta...bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkataannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian. Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah "Selamat panjang umur" tetapi "selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita. Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti.

Janji Allah BENAR

Image
Janji Allah adalah benar. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak manayang telah Allah beri kepada kita.

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya" (Ibrahim 14:34)

Apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu pertanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalaya. Yakinlah.

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, maslah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.


Apa yang KEKAL..

Image
Setelah manusia dapat sesuatu, dia memiliki sesuatu, maka timbul pula suatu macam kesedihan, keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi berdukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian?

Laa tahzan! jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

"Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci, maha mulia." (Ar-Rahman 55:26-27)

Allah beri, Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakan bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepda sang empunya.

Ketahuilah, hidup kita, mati kita , semua yang kita miliki, adala…

Takut tak dapat

Image
Keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. Sebab itu mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan.

Rasa resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada orang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta, mencai wang ringgit, dan dia takut tidak dapat sesuatu, Dia tidak yakin dengan Allah.

Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki untuk seseorang.

Bukankah Nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. Bahawa Allah memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugas kita pergi mencari rezeki tersebut.

Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesuatu,…

Dalam hidup kita ini apa yang kita cari...

Image
Dalam hidup kita ini apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, ada yang mencari teman sejati, ada yang mencari keseronokan, ada yang mencari hiburan, ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkal ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati - apakah akan bertemu ataupun tidak?

Apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna yang lebih hebat dari mencari Tuhan?

Ada yang resah, kerana tidak mengenal Tuhannya. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Allah SWT. Dan alhamdulillah, dengan nikmat yang dibawa oleh Islam, iman yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw, kita mengenal Tuhan kita.

Ya Rabbi.....

Image
"Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku. Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas baginda saw bertanya:" Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yangjika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah."

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.. "Wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT.


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain)&qu…

La Tahzan....

Image
Dalam meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia. Sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. Sedih, suka, duka, bahagia, derita adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.

Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasangannya adalah gembira. Derita pasangannya adalah suka, bahagia. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia.

Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.

Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih utnuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?

Namrud, Firaun dan Qarun

Sekuat mana pun kita janganlah membangga diri. Sakit dan mati boleh datang tiba-tiba. Ketika itu jangankan hendak memerintah orang lain, mengangkat tangan dan mengelipkan mata pun tidak berdaya lagi. Jika Namrud dimusnahkan dengan hanya seekor nyamuk, Firaun oleh air, Qarun oleh tanah, maka tidak sedarkah lagi wahai manusia bahawa pada zaman moden ini manusia telah dihancurkan oleh virus dan bakteria, yakni makluk yang lebih kecil daripada apa yang disebut sebelum ini?

Masih Takabbur....??

TANDA TAKABBUR

1. Tidak suka berdoa
2. Mudah Terluka dan melukakan hati orang lain
3.Sukar memberi dan meminta maaf
4. Memotong cakap orang lain
5. Gila kuasa dan jawatan
6. Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh
7. Gila pujian
8. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
9. Tidak suka berziarah

KESAN TAKABBUR

1. Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur
2. Tidak disukai Allah
3. Terhalang daripada masuk syurga
4. Idaman neraka jahanam
5. Terjerumus dalam maksiat
6. Allah tidak akan memandang kepadanya.


Itulah definisi, ciri dan tanda-tanda takabbur. Sekiranya sifat takabbur sudah menjadi tabiat ia boleh dikesan secara menyeluruh dan holistik. Sifat takabbur itu akan terzahir (menurut Imam al-Chazali) pada cara menundukkan kepala, duduk bersila atau bertekan ke lantai. Dan kelihatan juga pada perkataan, intonasi suara, cara berjalan, berdiri, duduk, gerak dan tenangnya.

Malang sekali kalau kita memeiliki sifat takabbur tetapi masih tidak menyedarinya kerana tidak mengenal…

Aku LEBIH BAIK daripada kamu?

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri olehNya melalui sebuah hadis Kudsi.

Kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk terhadap Khalik ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur? Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang dicipta daripada tanah.

Menerusi sifat takabbur yang diwarisinya iblis meneruskan "legasinya". Dia terus merekrut "protege"nya yang terdiri daripada yaitan dan manusia sepanjang zaman. Maka lahirlah Firaun, Hamam. Qarun, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Kamal Ataturk dan ramai lagi.

Labuan - Pearl of Borneo

Image
Lama x update blog nie...agak sibuk sket. Sy telah dilantik menjadi Pegawai Pengiring bagi Program Baktisiswa di Labuan Sabah.



Seramai 35 org pelajar bersama 4 org pegawai pengiring telah berlepas ke Labuan pada 22hb June 2010. Selama 9 hari kami berkampung disana. Berbagai program yg telah diatur, alhamdulillah telah berjalan dengan lancar.

Ucapan syukur ke hadrat Allah, kerana telah memberi sy peluang menjejak kaki ke Sabah Negeri di bawah Bayu dan lebih spesifiknyer Labuan yg dikenali sebagai Pearl of Borneo.

Sy berpeluang untuk melihat matahari terbit dan terbenam dari Tingkat 11 Apartment Beta Service. Sy juga berpeluang menatap Tanah Brunei setiap pagi dan malam selama 9 hari. Menikmati hembusan angin bayu dari laut saban hari. Sy juga diberi peluang menikmati pemandangan matahari terbenam dari tingkap Kapalterbang sewaktu dlm perjalanan pulang ke KLIA. Subhanallah!! teramat cantik..... kebetulan sebelum itu, kami dapat melihat pelangi dari tingkap yg sama. Kami melihat kepulan-ke…

Belajar dari Alam

Image
Alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan...

Saat yg paling menyedihkan

Kadang2 kita rasa kita yang paling sedih, paling susah, dan segala2 yang paling. Aku pn manusia biasa x lari dari berperasaan begini. Seingat aku la....saat yg paling sedih...mula2 ingat saat yg paling sedih ialah bile gaji aku x naik gara2 bos aku sendiri yg sabotaj, tapi x jugak. Bile masalah dah clear, aku dapat areas. Pas tu aku ingat aku sedih bile aku ada sakit masuk hospital dan x de org dari keluargaku mahupun suami ku menjaga aku. Tapi terubat jugak sbb bilik aku sentiasa penuh ngan student2 yg sayangkan aku...Ada saja org yg Allah hantar untuk membantu aku. Setelah satu persatu ku kupas, muhasabah, baru aku sedari apa yg paling menyedihkan aku...

Tatkala satu hari di hospital waktu aku sakit, aku x mampu berdiri, x mampu berjalan dan aku dibantu oleh sahabat baik aku, Fauziah untuk menunaikan solat. Dia bantu aku berwuduk, membentangkan sejadah, memakai telekung sedia untuk bersolat. Tapi aku x mampu berdiri. Aku x mampu untuk duduk dilantai sebab kesukaran untuk aku bangun …

Terhukum oleh ketamakan sendiri

Seorang menteriyang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintahan sultan yang adil. Namun,untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sma ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera.

Sultan yang adil dan baik hati telah didesak berkali0kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri. Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatu hari, baginda bertitah kepada menteri tersebut.

"Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta."

"Kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya,"sahut menteri yang tamak itu dengan gembira.

"Beta ingin mengurniakan kamu tanah!" tidah Sultan.

"Terima kasih tuanku. Boleh hamba tahu seluas mana, tuanku?"

"Begini, selepas Subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya. Dan pulang semula sebelum waktu Zuhur."

"Maksud tuanku?"

"Sejauh mana kamu mampu berjalan da…

Mujadah itu pahit, kerana syurga itu manis

Image
Tanpa petunjuk yang betul, manusia akan dihanyutkan oleh dunia yang penuh tipu daya. Oleh sebab itulah ada penyair yang menyifatkan dunia ini sebagai"belantara kehidupan".

Sedih Tak?

How do you feel if org yang you sayang ckp gini :

1. " U sakit I pn sakit jadi masing2 jaga diri masing2"

2. " Kalo u susah jangan cari I"

Sedih x? atau rasa biasa2 je?

or

it would be nice if:

1. I sakit u pn sakit, x pe lah...i jaga u dan u jaga i

2. I'm always with you...susah senang kita bersama

Takdir Allah terlalu MiStErI

Image
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikkan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang sama yang kita hulurkan kebaikan itu.

Allah Maha Berkuasa. Adakalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Dalam istilah biasa, itu dipanggil golden rule!"

Siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan tetapi orang yang kita beri kebaikan, tidak ada disitu untuk membalas kebaikan kita...Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain,yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

Orang yang iklas akan diberi ketengan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting...hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama da…

Mengapa Masih Bersedih?

Image
Suatu hari, ada seorang mengeluh mengenai kesusahan kehidupannya kepada Muhammad bin Samak, seorang imam yang sangat zuhud. Ia mengeluh kerana dibebani hutan dan kesulitan mendapatkan wang.

Ibn Samak lalu bertanya kepadanya: "Berapakah wang yang engkau perlukan?"
Ia menjawab:"Sepuluh ribu."

Ibn Samak bertanya lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu dengan matamu hilang?"
Si fakir menjawab:"Tidak mahu." Ulama itu berkata lagi:"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu tetapi lidahmu menjadi bisu?" Is menjawab:"Tidak mahu."

"Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu namun kaki dan tangmu terputus?" Sekali lagi orang itu menjawab:"Saya tidak mahu"

Ulama yang bijak itu lalu berkata:"Kamu memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wang tiga puluh ribu, tapi mengapa masih bersedih?"

Orang yang Derhaka yang ditimpa Musibah

Image
Apakah petanda Allah tidak sayangkan kita?




Jangan tersilap, malah dalam keadaan berdosa sekalipun, Allah datangkan ujian untuk kebaikan. Jika orang baik mendapat peningkatan darjat apabila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya.





Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang Mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih daripada itu, kecuali dengan nya Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya"





Paling tidak, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya, kita akan menyergerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:



"Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu'(Surah Al-Syura)
Maksud sabda Nabi s.a.w:" Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian, dan apabila Allah suka kepada kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka Al…

Istikharahku Membisikkan Sesuatu

Image
Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak? Bagaimana kita nak tahu sesuatu pilihan itu adalah yang terbaik atau tidak. Apa itu Istikharah? Solat ini dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan muyawarah(berbincang).

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bahwa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya"(Surah Al-Maidah)

Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan itu, Allah s.w.t mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya.

Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Malah boleh hadir dalam bentuk ketengan hati. Dipermudahkan jalan ke ar…

Tip dan Pantang Larang Sirat

Image
"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahanam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang mentii di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: 'Ya Allah, selamatkan , selamatkan.'


Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamn keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah:





1. Banyakkan bersedekah: - Imam Abu Nu'aim meriwayatkan di dalam Hilayat Al-Auliya' sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w , maksud sabda Baginda: "Sesiapa yang memperbagus sedekah di dunia, ia akan berjaya melintasi sirat.





2. Melazimkan diri hadir ke masjid:- Hadis riwayat al-Bazzar daripada Abu Darda, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang menjadikan masjid sebagai rumahnya, maka Allah menjamin untuknya rahmat, kenikmatan dan berjaya melintasi sirat." (Al-Bazzar berkata, sanadnya hasan)





Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain adal…

"...it's not what happens to you, but it's what you do about it."

Image
Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia itu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain. Jadi. Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?



Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah Maha Mengetahui) sejauh mana keimanan hati kita.



Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim no. 6708)



Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Apabila diuji dengan peperangan, baru t…

Teguran Nabawi

Image
Dalam kehidupan ini, manusia tidak dapat lari daripada dua keadaan - ditegur atau menegur. Semua orang dapat menerima kenyataan bahawa terkadang dia perlu ditegur kerana melakukan kesilapan dan terkadang dia juga perlu menegur untuk membetulkan kesilapan pihak lain.

Tulisan ringkas ini bukanlah bertujuan untuk membuat satu kesimpulan yang menyeluruh tentan cara teguran dalam Islam. Tetapi tujuan saya adalah untuk mengingatkan kita terutamanya yang terlibat dalam dakwah - secara khusus atau tidak - agar berhati-hati ketika melihat kesilapan yang ingin diperbetulkan.

Adakah kita perlu menggunakan cara kasar atau dengan berlunak? Adakah kita perlu menegur dengan panjang lebar atau cukup dengan hanya peringatan ringkas? Adakah kita menegru dengan memberikan penjelasan atau cukup dengan yanga teguran umum?

Namun apa yang mampu saya tegaskan di sini untuk faedah bersama ialah:

Pertama, teguran perlu dilakukan untuk membetuklan keadaan terutama jika ia melibatkan perkara yang penting dalam kehid…

Janji Allah kepada Orang Soleh

Image
"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah berfirman (yang bermaksud): 'Aku menyediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh, yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak penah didengar oleh telinga, dan tidak terlintas di hati manusia."(Muttafaq 'alaih - hadis sahih)

Musibah: Pahit di dunia manis di akhirat

Image
"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan kala, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Bukan Cinta Biasa!

Image
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinanyang tidak bahagia...cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasanganku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu. Mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja...

Siapa antara kedua-dua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar dengan perkahwinanyang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai.

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat ro…

Young writer project

Well its quite sometime aku x menulis dlm blog nie. Terover bz ngan keje dan isu2 semasa i guest. Skrg aku kat HTAA for a final stage. She have been admited to HTAA semalam and she is schedule for operation this Monday at 11am. Worried? Ibu mana yg boleh stay cool mcm aku. Luar je la nampak cool tapi kat dlm hanya Allah sahaja yang tahu. Berbaur rasa hati didalam. Bukanlah senang nak buat satu2 keputusan terutama bila melibatkan yg tersayang. But a decision have to be made. Nak go thru with this operation or still ding dong ding dong lagi cari other alternative. We have tried with others but mungkin belum di perkenankan keserasiannya. I also remind her. Allah uji kita dengan kesakitan sbb Allah sayang kita. Allah x lupa kita dan Allah x nak kita lupa Dia.

"Kesakitan adalah lumrah dalam kehidupan. Nikmat dan musibah silih berganti, begitu juga kesihatan dan kesakitan. Malah ketika manusia lahir, ibu dan anak saling merasai kesakitannya. Begitu juga ketika manusia akan kembali ke ak…

Wasiat kepada para pewaris.....

Image
Kepada pewaris harta, pemilik dan pencarinya, dahulukanlah hak Allah dalam setiap yang diperoleh.

Jauhilah segala bentuk riba dan bentuknya yang sentiasa memperdayakan. Ingatlah, bukan banyak yang dicari, tetapi berkat yang diperoleh itulah matlamat hakiki.

Kalau sudah ada yang lebih, maka ikutilah resam sayuran yang perlu dibuang daun kuningnya untuk menjamin kualiti daun hijaunya. "Buanglah" sebahagiannya pada jalah Allah (dengan berzakat) dan selebihnya pasti terpelihara dengan rahmat-Nya yang Maha Luas.

Inilah wasiat dan pesan untuk diri ini terutamanya dan wasiat serta pesan untuk sekalian yang membaca.

Wasiat kepada para isteri...

Image
Kepada para isteri juga perlu ingat dan waspada. Syaitan sentiasa menggoda untuk manusia menghancukan ikatan suci yang terbina atas janji kepada Illahi. Jagalah kehormatan ada dan akhlak anda yang sudah bergelar isteri. Janga terperangkap dalam ilusi sewatu anda masih bergelar "bunga yang belum disunting" dan hiduplah dengan masa realiti yang perlu ditangani dengan kebijaksanaan emosi dan akhlak murni dihiasi iman yang tinggi seoran gserikandii Muslim. Anda adala wirawati keluarga mithali.

Wasiat kepada para suami...

Image
Kepada pemimpin keluarga, hargailah keluargamu yang dikasihi. Kepada para suami, jangan lupakan yang anda punya isteri dan juga mungkin sudah punya zuriat yang perlu dijaga dengan amanah Allah.

Jangan lupakan mereka tatkala anda bermuamalah dengan rakan sepejabat mahupun rakan sekerja berlainan jantina yang mungkin mampu membuat anda leka. Rawatlah penyakit bersosial tanpa prinsip dengan ubat iman dan kejujuran serta rawatan keinsafan dengan mengingatkan yang anda sebenarnya telah berjanji untuk menjaga hati mereka dengan akad di atas nama Tuhan.

Jika benar anda ingin menambah tanggungjawab, silakanlah untuk menyatakan hasrat anda secara terbuka dan selepas itu nilai dengan jujur. Apakah anda mampu melakukannya? Kemampuan menanggung amanah Allah dengan tarbiah dan bimbingan.

Wasiat Terakhir

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Wahai manusia sila dnegar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidka tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."

"Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ni, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."

"Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)."

"Tuntutan hutan darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail."

"Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. S…

Hijrah atau Kalah!

Image
Hijrah walaupun dilihat pada mata kasar seolah-olah berundur, tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah langkah berundur untuk melonjak lebih jauh. Hijrahkanlah diri sendiri. Jika tidak, tidak ada siapa yang boleh memaksa diri kita berubah dengan rela. Dan kita tidak boleh lari daripada hukum sunnatullah yang menyatakan bahawa setiap makhluk akan berubah sama dengan rela atau terpaksa.

Outlook towards life

Image

Truth of Life

Image

Life

Image