Posts

Showing posts from February 5, 2012

Wahai hati bagaimana keadaanmu saat ini?

Sudahkah memaafkan dia yang menyakitimu, menzalimi dan menggoreskan luka di dalamnya? Sudahkah mendo'akan kebaikan untuk dia yang membuatmu menangis? Sesungguhnya tak ada kebaikan pada hati yang pedendam. Hati bukan tempat untuk nafsu dan syaitan bersemayam, yang akan membuat diri jauh dari mengingatNyA. ^_^

Ingin menjadi yang terbaik..

Apakah Anda Termasuk Sebaik-baik Manusia? Setiap orang mendambakan menjadi yang terbaik. Sebagai seorang Muslim, orientasi hidup untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata, tetapi karena ridha Allah Ta’ala. Inilah cara mudah menjadi orang terbaik dalam konsep Islam. Pertama, tidak ingkar m elunasi hutang. عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عن رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أنه فَقَالَ « خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً » متفق عليه Ertinya: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” Muttafaqun ‘alaih Kedua, belajar Al-Quran dan mengajarkannya. عَنْ عُثْمَانَ – رضى الله عنه- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ» رواه البخاري Ertinya: “Ustman bin Affan r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” Hadith riwayat Bukhari. Ketiga, yang p...

Gembira dgn Kebaikan..

Gembira kerana dapat melakukan kebaikan jangan sampai menimbulkan rasa takbur. Kesedihan kerana melakukan dosa jangan sampai menimbulkan rasa putus asa. Orang beriman cuba menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya, sepertimana orang munafik cuba menyembunyikan kejahatannya.

Selipar Rasulullah SAW

Pada suatu hari, seorang lelaki datang bertemu Khalifah Al-Mahdi dengan membawa sepasang selipar. “Wahai Amirul Mukminin, inilah selipar Rasulullah SAW. Saya hadiahkan ia kepada tuan,” katanya. “Bawalah ia ke sini,” suruh Khalifah Al-Mahdi. Beliau menyambut selipar itu dengan penuh hormat, lantas mencium dan menjunjungnya. Kemudian beliau menyuruh pegawainya memberikan lela ki terbabit wang sebanyak 10 ribu dirham. Setelah lelaki itu pulang, khalifah pun berkata kepada orang ramai yang ada di situ bahawa beliau tahu itu bukan selipar Rasulullah. Jadi, mereka pun bertanya, kenapa beliau tetap menerimanya. Beliau pun memberitahu, “Jika aku menolak, dia akan pergi kepada orang ramai dan berkata – “Aku telah menghadiahkan selipar Rasulullah SAW kepada Amirul Mukminin, tetapi beliau menolaknya.” Tentu mereka akan percaya. Di samping itu, ia merupakan pertolongan daripada orang yang mampu terhadap orang yang daif sekali pun yang daif itu zalim. Aku membeli mulut lelaki (si pe...

Aku Menghitung Hari...Ya Rab...Permudahkan lah..

Image
Rindu! Rindu! Rindu! Ya Allah...permudahkanlah kami ke RumahMu... Kami kini menghitung hari.. Allah Ya Allah...ampunilah kami... Hanya padaMu kami berserah.

Doa2 pendek

http://malaysiaku.com/doa-pendek-5

Koleksi Doa

Mudah2an dapat dimanafaatkan buat semua.. http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa1.htm