Posts

Showing posts from November 3, 2013

Cukuplah Allah mengenalimu

Teruslah berbuat baik...berkata baik...memberi nasihat yang baik...Walaupun tidak ramai orang mengenalimu..cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain...Jadilah seperti jantung yg tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat...Setiap yang baik itu datangnya dari Allah...manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri...~♥

Logik Tak?

Seorang budak bernama Ciku berlawan cakap dengan ustaznya berkata semua perkara di dunia perlu ada lojik. Ustaznya yang bernama Rani menyuruh Ciku melakukan tiga perkara dalam masa setengah tahun dan kemudian balik untuk berhujah dengannya semua. “Kasut dan selipar ini ana hadiah kat Ciku. Kasut ini, untuk dua bulan pertama, Ciku pakainya dan masuk ke hutan setiap hari. Selepas 2 bulan, simpan kasut itu, dan pakai selipar dan masuk ke hutan setiap hari. Selepas 2 bukan tamat, simpanlah selipar itu. Kemudian 2 bulan terakhir paksa diri berjalan kaki ayam ke hutan setiap hari,” pesan Ustaz Rani. Budak itu pun mengikut arahan. Dua bulan pertama beliau memasuki hutan menggunakan kasut. Seronok katanya. Kemudian diikuti selipar dan diakhiri dengan kaki ayam. Selepas selesai semua, Ciku itu balik menghadap ustaznya. “Mana kasut dan selipar?” tanya ustaz. Ciku mengeluarkan kasut dan seliparnya yang tapaknya dah halus. “Apa berlaku pada kasut dan selipar?” tanya Ustaz Rani. “H...

Berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah untuk panduan hidup yang sempurna..Sebaik-baik insan itu ia hanya menyerahkan segala ruang hidupnya kerana Allah Taala..

Berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah untuk panduan hidup yang sempurna..Sebaik-baik insan itu ia hanya menyerahkan segala ruang hidupnya kerana Allah Taala..

Jangan takut dengan KEGAGALAN kerana ia adalah titik permulaan untuk kita BERJAYA....

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

"Setiap manusia menentukan kejayaan mereka sendiri dengan menguatkan fokus, dengan mengenalpasti erti hidup pada hari-hari yang kita lalui dan disiplin diri yang telah kita lakukan"

"Sebenarnya, dalam hidup ini apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah SWT, sudah tentu kita akan membahagiakan manusia lain"

DIAM

Ada ketikanya, kalau kita tidak suka lebih baik diam. Nabi pernah pesan, kalau ada makanan yang kita tidak suka, usah cerca makanan. Diam. Lisan kita ini berbahaya. Boleh merana badan. Tetapi, diam adalah perkara paling mudah dilakukan namun paling sukar diamalkan. Sebab, semua orang nak tunjuk pandai, tunjuk tahu, tunjuk hebat. Diam. Ia lebih menyelamatkan kita dari api neraka. Ada waktunya lebih banyak kita berkata-kata, lebih benyak mengundang dosa. Diam. Teringat kisah seorang Profesor dengan muridnya: "Apabila anda DIAM, saya ingat anda bodoh. Tetapi apabila anda mula buku mulut dan berkata-kata, memang sah anda BODOH." DIAM!