Posts

Showing posts from December 15, 2013

Tak semestinya...

Tak semestinya bila dah jatuh, takkan mampu bangkit semula. PASTI BOLEH. Tak semestinya bila telah melakukan kesilapan, takkan mampu perbetulkan. PASTI BISA. Paling penting tekad untuk terus bangun dan terus melangkah. YAKIN DALAM HATI, PERCAYA PADA DIRI. Bantuan Allah datang dalam pelbagai cara dan kondisi. Ianya sangat besar dan meliputi. Harapan kini Ingin berlari.. di atas kaki sendiri. Allahu Rabbi

Orang yang bijak akan befikir, masalah sebagai “batu loncatan” bukan satu “halangan” untuk berjaya. Sebenarnya dalam kehidupan ini, yang penting bukan apa yang berlaku, tetapi makna apa yang kita beri dan apa respons kita terhadap apa-apa yang berlaku. Jangan fikir apa orang kata! Antara petikan Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr. Muhaya

Motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?

. Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja. Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpa dengan Tok Guru Haron. “Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan. “Nak buat, buat terus,” jawab Haron. “Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan. “Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Haron. “Telur,” jawab Ahsan. “Dari mana telur datang?” jawab Haron. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Haron mula berceramah… “Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu. Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Haron. “Motivasi dulu,” jawab Ahsan. “Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Haron tanya kembali. “Dan orang ...

Imbangan pelajaran hidup adalah diantara syukur dan sabar.

MUTIARA KATA UNTUK MU 1) Jika hari ini kau ditimpa musibah, ia petanda Tuhan sedang menduga kerana ada rezeki yang ingin diberiNya. Jika yang kau nantikan tidak kunjung tiba, lihat-lihatlah disekeliling kerana rezeki datang dalam pelbagai bentuk rupa. Jika setelah melihat tiada yang berubah disekelilingmu, tetap bersyukurlah kerana Tuhan memberimu rezeki berbentuk kesihatan usia dan rahmat untuk melihat langit dan memijak bumi buat sehari lagi disamping mereka yang kau kasihi. 2) Mengkritik bukan bererti menentang Menyetujui pula tak semestinya menyokong Menegur tak bermakna membenci. Berbeza pendapat… Adalah kawan berfikir yang TERBAIK! 3) Sebelum sampai ketempat perhentian janganlah lekas puas dan gembira jika nasib selamat. Tetapi bersyukurlah! Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah, janganlah bergoncang jiwamu, sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali sebab itu hendaklah sabar. 4) Imbangan pelajaran h...

Unless...

Image

Mungkin Tuhan meletakkan kita dihujung anak panah. Menarik jauh-jauh ke belakang, agar di saat kita dilepaskan, kita memiliki semangat yang kuat untuk mencapai sasaran tinggi,

Kisah Tukang Kebun Yang Buta Huruf Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang buta huruf bekerja sebagai tukang kebun disebuah sekolah. Dia sudah bekerja lebih kurang 15 tahun disana. Suatu hari pengetua sekolah itu ditukarkan dan pengetua yang baru membuat arahan baru. Semua pekerja mesti pandai membaca dan menulis. Maka tukang kebun yang buta huruf itu, terpaksa berhenti. Awalnya, dia sangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Ketika duduk ditepi jalan memikirkan masalah yang baru dihadapinya, muncul idea untuk membuka gerai makanan segera. Tidak disangka, usahanya berjaya! Dia telah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sekiranya ingin membesarkan perniagaannya. Suatu hari, ketika di bank, kerana buta huruf, dia tidak pandai mengisi borang dan meminta kakitangan bank membantunya. Kakitangan bank berkata, “Wah, walaupun Pak Cik seorang yang buta huruf tapi boleh menjadi peniaga yang berjaya, apalagi kalau pandai mem...

Don't stop when you're tired. Stop when you're done

Image
Perkara nombor satu yang boleh menghalang kita kembali daripada bekerja terutamanya diawal minggu seperti hari ini ialah keletihan. Kelesuan boleh menjadi tanda keletihan. 1. Menjaga pemakanan Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga. Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda. 2. Minum Lebih Air Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Jika perasaan anda letih, kopi boleh membantu tetapi kopi juga boleh menjadi punca yang menyebabkan dehidrasi. Seterusnya anda berasa letih, minum 2-3 gelas air dan anda akan perasan rasa segar datang dengan segera. 3. Bersenam Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senam...

PILIH PETA JALAN KEHIDUPAN MU (Bahagian 1)

Image
Hidup ini adalah seperti jalan. Terdapat panjang dan pendek, jalan licin dan berbatu; laluan bengkok dan lurus. Dalam kehidupan kita, banyak jalan akan ditempuhi sebagai perjalanan kita melalui kehidupan. Terdapat jalan yang membawa kepada kehidupan sejahtera, perkahwinan, dan kerjaya. Terdapat juga jalan-jalan yang membawa kepada kemasyhuran dan kekay aan pada satu bahagian, atau pengasingan dan kemiskinan di bahagian yang lain. Terdapat jalan untuk kebahagiaan kerana terdapat jalan ke kesedihan, jalan ke arah kemenangan dan kegembiraan, dan jalan-jalan yang membawa kepada kekalahan dan kekecewaan. Sama seperti mana-mana jalan, terdapat sudut, lencongan, dan persimpangan dalam kehidupan. Mungkin jalan yang paling membingungkan yang anda akan hadapi adalah persimpangan. Dengan empat jalan untuk dipilih dan dengan pengetahuan yang terhad ke mana arah tujunya, jalan yang mana anda akan ambil? Apakah jaminan bahawa kita akan memilih jalan yang betul? Anda akan memil...

SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN

Anda tidak boleh mencari keyakinan untuk membuat keputusan apabila anda tahu begitu sedikit tentang apa yang anda sedang berhadapan. Sering kali, sebab bagi ketidaktegasan adalah kekurangan maklumat tentang keadaan atau situasi yang anda sedang hadapi. Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu anda memilih pilihan yang terbaik ketika dipersimpangan: 1-Mengenal pasti dan mewujudkan pilihan. Apakah pilihan yang keadaan beri kepada anda? Kadang-kadang pilihan adalah sedikit, tetapi kadang-kadang ia banyak. Tetapi apa yang anda lakukan apabila anda berfikir bahawa keadaan tidak menawarkan banyak pilihan? Ini adalah masa untuk anda kreatif. Dari yang paling mudah kepada yang paling rumit, selusuri semua idea. Jangan pinggirkan apa-apa idea yang datang ke kepala anda. Kadang-kadang idea yang paling keterlaluan boleh menjadi satu keputusan yang betul di akhir jalan. Anda boleh meminta rakan untuk membantu anda mengenal pasti pilihan dan juga membuat lebih ba...

MUTIARA KATA UNTUK MU - Dedikasi buat Che Ta & Zain...

Image
1) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 2) Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. 3) Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. 4) Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 5) Kahwinil...