Mungkin Tuhan meletakkan kita dihujung anak panah. Menarik jauh-jauh ke belakang, agar di saat kita dilepaskan, kita memiliki semangat yang kuat untuk mencapai sasaran tinggi,


Kisah Tukang Kebun Yang Buta Huruf


Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang buta huruf bekerja sebagai tukang kebun disebuah sekolah. Dia sudah bekerja lebih kurang 15 tahun disana.

Suatu hari pengetua sekolah itu ditukarkan dan pengetua yang baru membuat arahan baru. Semua pekerja mesti pandai membaca dan menulis. Maka tukang kebun yang buta huruf itu, terpaksa berhenti.

Awalnya, dia sangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Ketika duduk ditepi jalan memikirkan masalah yang baru dihadapinya, muncul idea untuk membuka gerai makanan segera. Tidak disangka, usahanya berjaya!

Dia telah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sekiranya ingin membesarkan perniagaannya. Suatu hari, ketika di bank, kerana buta huruf, dia tidak pandai mengisi borang dan meminta kakitangan bank membantunya.

Kakitangan bank berkata, “Wah, walaupun Pak Cik seorang yang buta huruf tapi boleh menjadi peniaga yang berjaya, apalagi kalau pandai membaca dan menulis, pasti lebih kaya lagi.”

Dengan tersenyum dia berkata, “Kalau saya boleh membaca dan menulis, saya pasti masih lagi menjadi tukang kebun sekolah!”

Sahabat yang dikasihi, disebalik suatu masalah kadang tersembunyi suatu berkat yang menanti. Kita harus bersabar terhadap segala sesuatu yang menimpa kita dan terus berusaha tika menanti ketetapan Tuhan. Dan semuanya akan berakhir dengan indah.Kerana segala sesuatu yang baik akan selalu mengarah pada kebaikan. Kekecewaan dan penderitaan akan dapat mengubah orang biasa menjadi orang luar biasa.

Mungkin Tuhan meletakkan kita dihujung anak panah. Menarik jauh-jauh ke belakang, agar di saat kita dilepaskan, kita memiliki semangat yang kuat untuk mencapai sasaran tinggi, bahkan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya. Insya Allah…

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang