Posts

Showing posts from August 21, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Image
Minal A'idin wal fa'izin...Eid Mubarak...Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua...maaf zahir & batin...untuk yg memandu balik kampung...berhati-hati di jalan raya

Word of Wisdom

Image
When you are up in life, your friends get to know who you are. BUT when you are down in life, you get to know who your friends are...that's not a good friend anyway!!

Word of wisdom

Image
Some people just aren't meant to stay in our lives forever, they are just passing through our lives to bring us something, a lesson we need to learn. Some you never think about again. Some, you wonder what happened to them. Some you wonder if they ever think about you. And some you wish you never had to think about again. In the end you'll see who's fake, who's true and who would risk it all...

Marah itu mudah, SABAR itu Indah

Image
Apalagi kalau bukan sabar. Sabar itu cukup indah. Tetapi di manakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar? Ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa yg sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah? Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Sabar ibarat sinar matahari. Meskipun ia panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibarat sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Sesungguhnya iman itu terdiri atas dua bahagian: sebahagian yang pertama itu ialah sabar dan se...

Salam AidilFitri yg penuh keRINDUAN....

Image
  Hari nie aku terpanggil nak menulis tentang kerinduan yg telah lama aku pendam. Sabar. Sabar tu buahnya manis! Saban hari itulah kata2 yg memujuk diri ini. Aku rindukan mak, rindu nak ziarah kubur ayah, rindukan adik2, rindu kan rumah aku kat kampung, rindukan sekolah aku, rindukan motor ayah, rindukan pagar rumah mak aku, rindu nak tido kat umah mak,rindukan pasembor, rindukan popia basah bawah Supermarket Larut Matang, rindukan mee rebus mamak, rindukan mee goreng combat, rindukan lemang arwah ayah, rindukan kebun arwah ayah, rindukan durian yg arwah tanam, rindukan nangka arwah tanam, rindukan air telaga yg sejuk kat kebun tu, rindukan Lake Garden,   Nie adik aku Ain. Dia organize birthday celebration anak aku  ngan anak dia masa raya beberapa tahun lepas. rindukan laksa penang yg kat bawah kaki bukit maxwell, rindukan air mata air yg sejuk kat bawah kaki bukit maxwell, rindukan zoo,rindukan kawan2 lama aku, rindukan sedara mara aku, rindukan arwah mak sedar...

Pada Suatu Hari.....CCU di HTAA

"Puan, ada terdapat sedikit komplikasi semasa pemedahan angioplasti tadi jadi doktor ingin memantau keadaan suami puan. Dia akan kami tempatkan di unit CCU". Tergamam aku mendengar kata2 nurse tadi. "Puan nak jumpe suami puan sebelum di hantar ke CCU?"tanyanya lagi. "Ya". Aku pun bergegas masuk ke kawasan yg sebelum ini adalah kawasan larangan bagi org luar seperti aku. Aku diminta menyarung pakaian khas untuk masuk ke dewan bedah. Dalam kepala aku ada seribu satu soalan yg tiada jawapan. Nun, dihujung sana aku lihat suamiku terbaring diatas katil . Wayar berselirat dibadannya. Dihujung kepalanya ada monitor yg berkelip2 dgn berbagai warna. "Bang? Abg ok?" soalan bodoh aku. Dia angguk. "Err..kalo ok naper nak gi CCU?" soalan bodoh aku lagi. "Dada abg sakit. Rasa jantung kembang mcm nak pecah..." dia bersuara. "Encik jgn ckp byk ya...doktor suh rehat." ujar nurse tadi. Itu lah yg terjadi pada aku minggu lepas. Ak...

Bersabarlah dalam bersabar!

Image
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:"Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan , sedangkan sabar itu laksana sinar matahari" (Riwayat Muslim) Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yg basah dan memberi cahaya kpd pelbagai tanaman dan tumbuhan seperti haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah!