Posts

Showing posts from November 6, 2011

Harta Haram

Harta haram khususnya RIBA & RASUAH adalah ibarat virus yang kronik & sangat merbahaya, apabila ia memasuki pendapatan harian kita seolah virus memasuki tubuh, ia akan merebak sedikit demi sedikit sehingga menjadikan seseorang 'tuli' dari sebarang nasihat, 'buta' dari sebarang panduan, hilang daya tahan terhadap harta, sehingga over-cinta harta yg melimpah ruah, tiada lagi endah dan sensitif pada yg halal dan haram. Akhirnya hati bernanah dan mengeras seperti batu, amalan jadi berat, ibadah tiada sempat, pakaian jadi sekerat, iman makin terangkat, doa hanya singkat, akhirnya mangkat tak sempat taubat. Nauzubillah..Ya Allah berikan kami suntikan ubat iman.

Tersebut kisah....

Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bek as berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis. Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”. Kemudian Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Ji...

Hadiah Aidil Adha 6hb Nov 2011

Image
Selalu aku berdoa padaMU Ya Allah, bagaimana cara utk ku mendidik anak2ku di zaman yg makin mencabar ini. Anak2 remaja yg kini mengelar diri mereka generasi Y dan ada juga yg mengelar generasi X. Ya Allah, Terima kasih kerana memakbulkan doaku. KAU hadiahkan aku jalan. Tiada yang kebetulan. Semuanya telah KAU aturkan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Pada pg Aidil Adha, aku memenangi satu tiket percuma dari TV Al Hijrah dlm rancangan Assalamualaikum untuk Seminar iPAC ( http://online.tutor.com.my/ipac/) - Seminar Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang. Kita merancang, Allah juga merancang dan lihatlah betapa hebatnya rancangan Allah s.w.t.  Promo: "Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua. Jangan lupa untuk menonton rancangan "Assalamualaikum" di TV Al Hijrah Sabtu dan Ahad ini jam 9 pagi untuk memenangi tiket percuma ke Seminar iPAC. Bagi yang belum lagi mendaftar, kami mengesyorkan anda mendaftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Layari www.ipac...

Awas Akhirat di depan

Image
Sama ada engkau mahu pulang atau tidak mahu,Engkau akan dipaksa pulang,Kerana negara asalmu adalah Akhirat,Di dunia hanya sebagai berdagang,Untuk mencari bekal dan kekayaan ,Allah memberi peluang kamu mencari bekal sebanyak-banyaknya,Agar kamu senang di Akhirat

Kate Prof Dr Muhaya

"In a world where the big things have little difference - it's the little things that make a big difference" — Peter Thomson: is a Nightingale-Conant communications author

Memaafkan

Image
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Siapa yang mahu agar Allah membina untuknya sebuah binaan dan mengangkat darjatnya pada hari Kiamat kelak, hendaklah dia memaafkan sesiapa yang menzaliminya, menyambung kembali tali persaudaraan dengan orang yang memutuskannya, dan memberikan kepada orang yang tidak pernah memberikan (apa-apa) kepadanya, dan berlemah lembut dengan orang yang tidak mempedulikannya." (Riwayat Ibn Hibban daripada Abu Hurairah)

Kate Prof Dr. Muhaya

Angan kita bergantung kepada manusia atau sesuatu yang lain untuk bahagia. Jom belajar bahagia dengan Allah. Para isteri niat hari ini untuk taat kepada suami kerana Allah bukan kerana suami. Dengan ini kita tidak akan merungut atau marah jika tidak dapat balasan dari suami. Bebaskan diri dari masaalah dengan membesarkan minda dengan keyakinan kita kepada Allah. Bebaskan diri dari keinginan makananan emosi iaitu penghargaan manusia tetapi cari makanan rohani dengan mencari kasih Allah

Kate Prof Dr. Muhaya

Kita tidak akan rasa bahagia jika kita tidak berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Hari ini jom kongsi apa sahaja yang bermanafaat dengan orang lain. niat memberi bukan menerima dan tanya ' bagaimana saya boleh beri' buka apa saya boleh dapat. Jom semua pekerja jangan berkira tulang urat kita berikan yang termampu mungkin untuk mendapat tuaian besar di akhirat nanti

Pesan Tuan Guru

Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat..-Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat