Posts

Showing posts from July 7, 2013

RESEPI RAMADAN

Menu: 1. Ayam Panggang Bermadu 2. Udang Masak Serai Wangi 3. Ikan Siakap Kukus 4. Ikan Masak Berlada 5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 7. Pajeri Nenas 8. Mee Hailam 9. Ketam Bertelur 10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 12. Ikan Tiga Rasa 13. Ikan Pari Lemas!!!! 14. Tandoori Kurau 15. Tom Yam 16. Nasi Ayam Hakka 17. Mee Rebus 18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 19. Ayam Golek Seri Pahang 20. Kari Kepala Ikan 21. Black Pepper Steak 22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 24. Soto Ayam 25. Nasi Paprik 26. Nasi Dagang 27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 28. Gulai nenas ikan kering orang utara 29. Ayam Bercili masak ketumbar 30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style ______________________________ __________ Ayam Panggang Bermadu Bahan-bahan: 1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada su...

Untuk Renungan dan Iktibar

Wahai anakku, Sedarkah engkau bahawa Allah ada mengemukakan perbandingan untuk renungan dan iktibar, isteri yang kafir ialah isteri nabi Nuh dan Nabi Lut. Walaupun keduanya diletakkan sebagai isteri nabi, akan tetapi mereka khianat dan akhirnya dihumbankan ke neraka. Allah juga membawa contoh perbandingan isteri yang beriman ialah isteri Firaun (Asiah). Yang mendoakan agar Allah membina mahligai dalam syurga dan dijauhi daripada kezaliman Firaun dan kaumnya. Wahai anakku, Pengajaran ini adalah satu perbandingan yang hebat bagaimana iman tidak boleh diwarisi dari suami kepada isteri, anak mahupun saudara terdekat. Engkau akan bahagia jika dikurniakan suami isteri yang soleh, beriman dan baik dengan keluarga serta taat pada perintah Allah. Kamu akan sedih jika ada suami/isteri yang sangat baik terhadap keluarga, penyayang, bertanggungjawab dan mesra namun ia durhaka kepada Allah, tidak sembahyang, tidak berpuasa dan tidak menunaikan kewajipan harta. Wahai anakku, Alangkah baha...

Nota

[Lawak Tengahari] Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... " KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI " ...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis... " BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

Petua Untuk Mengurangkan Kehausan atau Dehidrasi Ketika Berpuasa

1. Pastikan minum air kosong sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Kurangkan minuman yang manis. 2. Elakkan memakan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garam. Ia mampu mengurangkan rasa haus kerana garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa. 3. Sebaiknya kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari. 4. Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air. 5. Sebaiknya masukkan supplement ke dalam diet bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan multivitamin adalah langkah permulaan yang terbaik.

~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas. 2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. 3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah SAW “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipelu...

Salam Ramadhan

Jika ramadhan dianggap seperti musim bunga maka ia mekar dengan pahala. Jika diibaratkan musim luruh maka ia adalah daun-daun dosa yang bakal gugur. Jika diibaratkan musim sejuk maka ia dingin dari segala kemaksiatan. Jika diibaratkan musim panas, maka ia bahang pembakar dosa dan semangat untuk beramal pada-Nya. Ramadhan sepatutnya menjadi musim bagi manusia beriman dengan tinggalkan segala maksiat. Namun bukan bermakna ia terhenti pada musim ini, tetapi menjadi titik tolak keimanan untuk waktu mendatang. Salam Ramadhan!

10 KELEBIHAN COKLAT anda PERLU tahu!!

Image
1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah. 2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung. Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan. 3. Coklat boleh melawan diabetis. Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis. 4. Coklat melindungi kulit anda. Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari! 5. Coklat boleh mengelakkan batu...

Jangan lukakan hati mereka

Wahai anakku, Jangan lukakan hati mereka yang menyayangimu, hanya kerana anda tahu mereka tidak akan melukakan hatimu kembali. Kerana satu hari nanti, mereka akan membuat keputusan untuk meninggalkan engkau, dan pada masa itu, kamu akan faham apa rasanya hati yang terluka sebagaimana yang dirasai mereka dulu. Wahai anakku, Bukanlah hebat untuk mempunyai seratus kawan. Yang ajaibnya, kamu mendapat seorang sahabat yang berdiri teguh bersamamu tatkala semua orang menentangmu. Senyum. - Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Wanita di Surga

Pertanyaan: Maaf, pertanyaannya singkat, siapa yang akan menjadi suami bagi wanita jika dia masuk surga? Jawaban: Bismillah was shalatu was shalamu ‘ala rasulillah, wa ba’du Kaidah baku yang berlaku bagi penduduk surga, bahwa mereka semua memiliki pasangan. Ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ “Tidak ada orang yang melajang di surga.” (HR. Ahmad 7152 dan Muslim 2834). Karena sesungguhnya bagian dari kesempurnaan nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya adalah menikah dan melakukan hubungan badan. Untuk itu, wanita yang ketika di dunia belum menikah sampai mati, atau wanita yang dicerai oleh suaminya dan tidak nikah lagi sampai mati, maka dia akan dinikahkan dengan seorang lelaki yang menjadi penghuni surga yang sangat menyejukkan hatinya. Dia memiliki sifat yang sempurna, sebagaimana penghuni surga lainnya. Sedangkan wanita yang pernah menikah dan tidak dicerai sampai mati, dia akan dikembalikan dengan suaminya ket...