Posts

Showing posts from April 28, 2013

Jodoh itu rahsia Allah S.W.T

Jodoh itu rahsia Allah S.W.T
Sekuat mana kita setia,
Selama mana kita menunggu,
Sehebat mana kita merancang,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mama kita menerima dirinya..
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dengannya,
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya..
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.. Dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah jua

Wanita yang kamu lihat semalam

“Tahukah kamu,
Wanita yang kamu lihat penuh tenang dengan senyuman bersahaja semalam dan hari ini sebenarnya…
adalah wanita yang kecewa dan sering menangis suatu ketika dulu.
Tapi dia berdamai dan ‘belajar’ dengan masa silam.
Tak kisahlah siapa dia sebelumnya!
Dia sedar dia masih seorang pendosa namun dia berusaha membimbing dirinya ke arah menjadi hamba terbaik buat Pencipta.Tiada manusia yang sempurna,dan tiada yang sempurna tanpaNya.
Seandainya dia sudah bergerak dari masa lalu,takkan kamu masih mahu menetap di situ?Tuhan sudah temukan kita pada titik perubahan,terpulang pada kita mahu melangkah atau tidak.
Masa itu sangat terhad,tetapi sangat2 eksklusif buat mereka yg sudah tiada.Ingat,kecewa bukan penamat buat segala-galanya,tapi penggerak sebagai pencetus masa depan yang lebih berharga; dunia dan akhirat. =)”