Posts

Showing posts from February 24, 2013

Kulit Karipap

Image
Tahu tak kawan-kawan kulit karipap ade banyak cara membuatnya. Resepi yang berlainan dan amat simple. Bergitu juga dengan intinya, boleh diolah ikut selera kita tak semestinya intinya mesti boh daging atau ayam, setakad kentang kosong pun sedap asal kena dengan ramuannya. Ok jom kita cuba2 dengan beberapa resepi kulit karipap @ epok-epok kesukaan ramai ni...MENCUBA tiada salahnyakan... KULIT KARIPAP (versi saya ) Bahan 2 cwn tepung gandum 1/2 cwn mentega (cairkan) sedikit garam sedikit air ais Caranya: 1) Gaulkan tepung, garam dan mentega serata, sambiltu masukkan air ais sedikit demi sedkit sambil menguli menjadi doj lembut. KULIT KARIPAP (versi 2) Bahan 2 cwn tepung gandum 3 sdm mentega/marjerin sedikit air sedikit garam Caranya tepung gandum digaulkan dengan mentega- abu roti-anginkan. Pastu masuk garam-gaul rata dan air sedikit2 sambil uli jadi doh. KULIT KARIPAP (versi 3) Bahan 2 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn minyak masak sedikit garam sedi...

Hilang Punca Rezeki?

Image

5 Keuntungan orang Bersyukur

Image

10 Perkara Dibenci Allah

Image

Popiah Basah

Image
Bahan-bahan untuk kulit: 2 cawan tepung gandum 1 biji putih telur 2 1/2 cawan air 1 sudu besar cuka 2 sudu besar minyak Sedikit garam Cara penyediaan: Satukan semua bahan2,blend supaya tidak bergentel. Perap adunan selama 1 jam. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana. Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap. Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan Bahan-bahan inti: 1 btg carrot ~ disagat/hiris halus 1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus 1 biji sengkuang- di sagat/hiris halus 1 biji bwg besar ~ mayang 2 sudu besar udang kering dikisar 3 batang daun bawang-hiris nipis 1 sudu besar sos tiram Sedikit minyak utk menumis Garam dan gula secukupnya.    Cara penyediaan: Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu. Masukkan sos ...

Apabila suami makan

Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. - Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. - Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. - Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah. (Hadis riwayat Abu Daud) -Tapi ada suami  yg makan makanan lebih lazat di luar dari isteri dan anak2nya dirumah sbb duit aku yang punya -Ada suami yg pakai pakaian yg jauh lebih baik dari isterinya sbb duit aku yang punya -Ada suami yang tidak pukul dgn perbuatan tapi pukul dgn kata2. Penderaan emosi adalah lebih hebat dari penderaan fizikal. -Ada suami yang meninggalkan isterinya sendirian di rumah ternanti2 sedangkan dia bergembira entah di mana.

Bahagia membahagiakan, tenang dan menenangkan.. :)

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang. Semua orang, baik yang memiliki istana mahupunyang memiliki rumah sederhana, pasti menjalani kehidupannya, tetapi siapakah yang benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup? Adakah itu kebahagiaan? wang ringgit? harta kekayaan? pasangan? kerjaya? atau ianya adalah sebuah KETENANGAN. Kebahagiaan adalah ketenangan. Bagi meraih ketenangan aplikasikan dengan sebuah KESYUKURAN. Bahagia membahagiakan, tenang dan menenangkan.. :)   -dari buku La Tahzan Jadilah wanita yang paling bahagia

Mencari penyembuh luka...

Sebagai manusia, setiap hari kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia pasti akan merasa sedih mahupun terluka. Itu adalah fitrah kejadian manusia. Namun ramai di kalangan kita yang mencari atau mengambil ubat yang salah untuk mengubat kesedihan. Allah swt yang menjadikan segala jenis bentuk ujian termasuk kesedihan. Maka sudah tentulah Allah juga y ang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya? Satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah "Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali r.hu dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah saw, sebaik-baik ubat adalah al-Quran". Allah swt berfirman yang maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Surah al-Raad ayat 28) Jadi kenapa kita perlu hebohkan setiap rasa hati yang terluka dan perasaan sedih di media sosial kepada semua teman kenalan?

Tips pemakanan utk pesakit Kanser

" sama ada menjalani pembedahan atau tidak , kedua-duanya adalah tindakan yang betul kerana kedua-dua keputusan adalah berisiko. Orang yang menghidapi kanser tidak boleh makan makanan berdaging, berkanji, bergula dan berlemak, Mereka perlu banyak makan sayur-sayuran seperti kubis, asparagus, bijirin, ubi dan lain2. Pesakit kanser juga perlulah banyak minum air yang mempunyai pH yang tinggi sepert i air zamzam dan yang seumpamanya. Mereka juga hendaklah sentiasa mendapatkan oksigen yang byk serta perlu banyak berpeluh. Mengikut kajian,Terapi Al-Quran, biji aprikot mengandungi vitamin B17 yang boleh merawat kanser. Susu kambing dipercayai amat baik untuk membentuk pertumbuhan sel-sel dlm badan, Hemeopati juga boleh membantu dengan izin Allah s.w.t. "Bagi tiap2 seorg ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (drp sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesunggnya Allah tidak mengubah apa yang ada pa...

Bertuahnya Isteri bila ...

Bertuahnya isteri apabila suami pandai menjaga pergaulan dengan tidak bergaul bebas dengan perempuan-perempuan yang tidak halal baginya, dan alangkah beruntungnya suami apabila isteri dipayungi sifat malu dan tidak membenarkan kecantikkannya dinikmati oleh lelaki lain selain suaminya. -Ustazah Siti Khadijah

Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana di dalam Syurga

Bangunkanlah Untuk Anda Sebuah Istana di dalam Syurga Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku. Sekiranya aku menerima apa adanya, tentulah aku menjadi orang yang merdeka. Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu. Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Sekali-kali tidak….! Bahkan mereka ditelanjangkan dari bahu dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya:”Siapakan Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa agamamu? Oleh itu, bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu. Janglah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesunggnuhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap dan tidak kekal, selain amal soleh. Allah S.W.T berfirman: “Sesiapa ...

Bila terasa lemah, ingatlah

Image

Kekuatan itu milik Allah

Kekuatan itu milik Allah. Allah memberikannya pada sesiapa yang dikehendaki dan Allah berhak menariknya semula pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya kita tidak punya apa-apa kekuatan. Kelebihan, kalau ada pun pada kita hanyalah sekadar pinjaman. Kalau Allah tidak menutup aib dan dosa yang ada pada diri kita, nescaya di mata manusia, kelebihan itu tidak punya makna sama sekali. Sebab itu, mintalah diberikan kekuatan kepada Allah untuk berjalan di atas dunia dan mintalah dilindungi aib kita di hadapan manusia. Meskipun sehebat apapun kita di mata manusia, kita ini tetap manusia yang banyak aibnya, terkadang tidak disengajakan, terkadang tidak disedari. Semoga Allah tetap terus membekalkan kekuatan kepada kita untuk menempuh panjangnya perjalanan kehidupan ini.

PAHALA PERCUMA DI TANAH SUCI.

PANDUAN HAJI DAN UMRAH : Lazimnya para pengunjung ke Tanah Suci Makkah mendapat pengampunan dan penyucian diri daripada dosa-dosa. Disamping itu mereka juga dapat mengumpulkan banyak pahala hasil daripada ibadat yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna. Segala amalan yang dilakukan ganjaran dan pahalanya Allah SWT kurniakan dengan berlipat kali ganda. Misalnya, bersolat di Masjidil Haram digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali. Ganjaran yang besar juga digandakan bagi amalan-amalan lain. Alangkah mudahnya bagi mendapat pahala percuma dan berganda di Tanah Suci Makkah, dengan cara :- a. Memandang Kaabah. b. Melakukan tawaf tahiyattul bait dan tawaf sunat. c. Melangkah kaki kanan masuk masjid. d. Berdoa ketika masuk dan keluar masjid. e. Duduk dalam masjid dan berniat beriktikaf. f. Memberi salam kepada jemaah muslim yang lain. g. Menjawab salam. h. Menyedekahkan senyuman kepada orang lain ketika bersua. i. Membuat amal makruf seperti memberi pertolongan dan bantuan kep...