Posts

Showing posts from November 8, 2009

Hai Anak

Didik anak-anak belajar daripada kehidupan! Cuba tanyakan kepada diri kita, bilkah masanya kita merasa terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Hati kecil kita akan menjawab, "Semasa kita remaja." Ya, apabila kita menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak dibuat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat, telah dibuat. Sayangnya, para remaja (seperti juga kita dahulu) tidak menyedari hakikat ini sehingglah usia mereka sendiri meningkat. Lalu atas kealpaan itu, mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman remaja. Hakikatnya alam ini adalah sebuah "sekolah". Setiap kita adalah para pelajarnya. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk, hakikatnya adalah "guru" yang mengajar mereka. Untuk itu, apabila ditimpa sesua...

Pelangi Yang Tersenyum

Image
Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikian kata pendeta Sewaktu di kejauhan, kekadang kebaikan, kejelitaan dan kesetiaan isteri kita akan lebih terasa. Bukankah terlalu dekat ada kalanya menjadikan kita buta? Ramai suami yang asyik memarahi isterinya apabila bersama, tetapi apabila isterinya itu meninggal dunia, maka dialah yang paling banyak meratap, menangis sayu kerana rindu dan cintakannya. Apa yang ada sering dilupakan, apa yang tiada sering diidamkan. Itulah ungkapan untuk membayangkan sifat manusia ketika berdepan dengan nikmat jasmani dan itulah juga sifatnya apabila berdepan dengan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jadi, apabila berjauhan ertinya kita "hilang" seketika akan dirinya, maka sudah tentulah ini akan menyerlahkan semula cinta yang selama ini terpendam. Oh, rupa-rupanya cinta ...

Keadilan di Hadapan Allah

Image
Keadilan yang selama ini selalu ternoda, pada hari itu akan menampakkan wajahnya dengan jernih. Pada hari itu, tiadak ada lagi orang yang tertawa angkuh kerana merasa lebih tinggi daripada keadilan. Semuanya tunduk dan hina di hadapan keadilan Allah.

Yakin Diri

Tatkala iskandar Zulkarnain masuk ke sebua negeri, dia diberitahu tntangn sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan. "Mengapa kasut itu terlalu istimewa?" "Siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia," jawab seorang pengikutnya. "Kalau demikian bawa ke sana!" Sebaik tiba di kuil itu, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai. "Nah sekarang aku akan menakluki dunia!" Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang mencuba nasib untuk mmebuka simpulan tali kasut itu. semuanya gagal. Mereka hairan melihat btapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah ...

Kerja Kecil, Jiwa Besar

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah ssuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya. "Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk lebih jelas. "Kamu akan tahu nanti." Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-quran tanpa memperdulikannya. Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur, "Tuan, bolehkah tuan ajar saya sesuatu?" "Maaf, saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya. Si murid agak kecewa. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya? Oleh kerana tiada olrang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika meyarung kasutnya dia terpandang seoranglelakiyang agak tu...

Tegas Bukan Keras

Image
Imam Malik dengan berani berkata kepada wakil Khalifah Harun al-Rashid, " Jika tuan khalifah ingin belajar kitab Muwatta' daripadaku, hendaklah baginda datang ke mari, bukan aku ke istananya. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi." Demi ilmu, Harun al-Rashid, pemerintah itu pun datang kepada Imam Malik. Sejarah telah membuktikan para ulama al-'amilin tidak pernah gentar menegur kesalahan pemerintah. Mereka mewarisi teladan Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim ketika berdepan dengan Namrud dan Nabi Muhammad s.a.w ketika berdepan dengan bangsawan Quraisy. Mereka sangat tegas dari segi prinsip tetapi sangat lemah-lembut dari segi pendekatannya. -Solusi 13