Kerja Kecil, Jiwa Besar

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah ssuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.
"Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk lebih jelas.
"Kamu akan tahu nanti."
Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-quran tanpa memperdulikannya.

Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur, "Tuan, bolehkah tuan ajar saya sesuatu?"

"Maaf, saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya?
Oleh kerana tiada olrang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika meyarung kasutnya dia terpandang seoranglelakiyang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.

"Dah berapa lama pakcik kerja di sini?" tanyanya, sekadar memeriahkan perbualan. Tidak ada apa-apa ilmu agama pun yang boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang masjid ini, bisiknya dalam hati.
"Hampir 15 tahun."
"Seronok?"
"Seronok sekali nak," kata lelaki itu sambil tersenyum.
Dilihatnya cara pakcik itu membersihkan longkang masjid begitu halus dan teliti. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya. Begitu tekun sekali.
"Pakcik, celah-celah rekahan longkang itu pun pakcik cuci. Hairan saya."
"Apa nak dihairankan?"
"bukannya ada orang nampak pun benda-benda kecil sebegitu...."
"Tapi Allah nampak nak," kata pakcik itu sambil tersenyum.
Murid tadi terdiam. Rupa-rupanya pakcik itulahyang dimaksudkanoleh gurunya!

pengajaran:
Kerja yang kecil sekalipun tetapi jiba dibuat dengan hatiyang besar akan emndapat nilaian yang tinggi daripada Allah. Hatiyang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredaan Allah, yakni ganjaran yang lebih besar berbanding nilaian manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang