Posts

Showing posts from November 17, 2013

Ketika Hatimu merasa sedih..

Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu: "Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.." Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku. Selepas itu, buka matamu dan senyumlah..

Allah pisahkan kita dgn pasangan ......

Image

Apa Makna Kegembiraan?

Wahai anakku, Satu ketika dulu, engkau tercari-tercari makna kegembiraan. Di mana boleh mencari kegembiraan, engkau bertanya. Aku membawamu ke satu hutan kecil, lalu diberikan kamu satu sudu dan dua titik minyak di atasnya. Aku menyuruhmu merentas hutan tersebut dan pastikan dua titik minyak itu tidak tertumpah. Wahai anakku, Selepas sejam, engkau kembali dengan sudu dan dua titik minyak yang masih tidak tertumpah. Aku bertanya, nampak tak ada sarang tebuan yang cantik di tengah hutan? Engkau perasan tak ada sebuah rumah atas pokok di belah kanan jalan rentas hutan itu? Perasan tak di tengah hutan, aku gantungkan satu papan kata doa di tengah jalan? Engkau tertunduk malu. Aku menyuruhmu kembali ke hutan melihat semua yang diceritakan aku. Wahai anakku, Selepas sejam, engkau kembali. Kamu berkata kamu berjaya melihat semua yang disuruh. Aku bertanya di mana dua titik minyak itu. Engkau tidak sedar dua titik minyak yang diberi sudah tertumpah. Engkau tertunduk m...

Tidak akan miskin orang yang bersedekah. Kita boleh tahu berapa biji dalam selonggok epal, tetapi kita tidak tahu berapa biji epal terhasil dari sebiji epal yang di tanam.

Kita bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang kita selalu fikirkan dan selalu cakapkan itulah yang kita akan dapat. Sabar itu pahit tapi buahnya manis.

Tiada manusia yang jahat. Mereka bertindak berdasarkan ilmu dan kesedaran diri mereka. Oleh itu, kita mesti mempertingkatkan ilmu dan kesedaran. Lihat apa yang kita baca, cakap, tonton dan fikirkan hari ini kerana ianya akan menentukan ilmu dan kesedaran kita.

Bagus kalau kau tidak dihargai... Allah sedang mendidik mu supaya ikhlas!

Dalam Hidup Ini

Dalam hidup ini, kita sentiasa ada pilihan sama ada... Berbuat baik atau melakukan khianat Memanfaatkan orang lain atau memudaratkan mereka Mementingkan diri sendiri atau mengutamakan kesejahteraan semua Berkongsi rezeki yang melimpah ruah atau kikir untuk bersedekah Memberi pujian ikhlas atau mencerca dan mencaci Menjadi sebahagian daripada penyelesaian atau sebahagian daripada permasalahan Memupuk hubungan baik atau mengumpul seteru Menghargai pertolongan orang atau memperkecilkan sumbangan yang diberi Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi pilihan untuk menjadi ahli syurga atau sebaliknya. Fikir2kan.