Posts

Showing posts from May 25, 2014

Sangkaan Kita

Jika ada sesuatu yang menyedihkan anda dan anda mahu perubahan berlaku. Berdoalah dan bersangka baiklah doa mu akan termakbul. Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya) Untuk bersangka baik kita perlu melihatnya bermula dari dalam diri kita. Bayangkan perubahan itu di minda dan hati kita.

Pesan Ibu

Beberapa bulan ini ramai yang menulis kepada Ibu meminta nasihat mengenai keadaan rumah-tangga mereka. Apa yang selalu diminta ialah nasihat samada untuk bertahan di dalam rumah-tangga yang penuh kekejaman. Contohnya, suami menijak isteri semasa mengandung. Dera fizikal, dera mental dan dera emosi bukan saja oleh suami kepada isteri tetapi juga isteri kepada suami. Oleh itu belajar dari keadaan ini, satu perkara yang ingin Ibu bawa ketengah dan Ibu berharap yang masih belum berumah-tangga atau jika anda ada kawan-kawan atau adik-adik yang masih belum berumah-tangga, harap dipanjangkanlah pesanan ini kepada mereka juga. Sebelum mendirikan rumah tangga, kaji selidiklah orang itu. Lihat latar belakang keluarganya. Bagaimana corak hidup mereka. Bagaimana cara dan corak mereka berfikir. Bagaimana keperibadian mereka. Dari situ anda akan mendapat sedikit gambaran bagaimana keadaan rumah-tangga anda nanti.Ingatlah bila anda berkahwin, anda bukan hanya berkahwin dengan oran...

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..

Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat an ak seorang. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak... Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi. Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka... Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna' Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita. Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita. Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jan...