Posts

Showing posts from June 16, 2013

Ketika Aku Menangis

Image

Dan Sebenarnya.....

"sebenarnya saya menulis bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri. dengan menulis benda baik, saya harap saya akan jadi baik, dan saya juga harap Allah akan tolong baikkan diri saya :) dan kita juga tak pernah tahu, berapa ramai kawan kita di luar sana yang mungkin punya masalah sama dengan kita, tetapi lebih selesa simpan sendiri-sendiri. jadi mungkin, jika ada tulisan kita yang menggambarkan rasa sama dengan orang sekeliling, sekurang-kurangnya orang yang kita tidak tahu dia sedang bersedih itu, akan merasa dia tidak sendirian. hehehe. eh apa benda la mengarut petang-petang ni. huhuhu. jangan pernah bersedih, Allah selalu ada ;)”

Jika suatu saat

Image
Ya Allah, Jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku, Berikan aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah LEBIH BAIK daripada apa yang aku inginkan dan impikan.. KAU DAMAIKAN hatiku untuk menerima TAKDIRMU kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancanganMu yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku.  

PUKULAN IBU ...

Ada seorang ibu yg selalu memukul anaknya setiap siang hari di depan orang banyak. Sang anak tidak pernah menangis dan tidak pula berkata apa-apa kepada ibunya saat dipukul. Setelah sekian lama, tiba-tiba suatu hari ia menangis saat dipukul oleh ibunya. Ketika ibunya pergi, orang-orang pun bertanya kepadanya: "Apa yg membuatmu menangis hari ini? Padahal selama ini kamu tidak pernah menangis saat dipukul ibumu? Bukankah ibumu memukul dengan cara yg sama seperti hari-hari kemarin?" Anak itupun menjawab: "Aku merasa pukulan ibuku sudah mulai melemah. Ini menandakan dirinya sudah tua"

Kisah Wang Kertas RM 100 dan RM 1

Kita semua pun tahu, wang RM 100 dan RM1 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut. RM100 bertanya kepada RM1, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis". Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di ja...

PEDOMAN BUAT SUAMI ISTERI

♥ WAHAI SUAMI Ingin kami sampaikan pesan Rasul junjungan. Tanggungjawabmu terhadap isteri kesayangan, wajib kau tunaikan. Hayati sabda agung, insan pilihan, perkataannya ringkas tetapi tuntas: Seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah tanggungjawab suami terhadap isterinya?. Baginda menjawab : - Memberi makan, sekiranya si isteri ingin makan, - Memberi pakaian sekiranya si isteri ingin memakainya, - Jangan sesekali engkau memukul wajahnya, - Jangan sesekali engkau menghinanya - Jangan sesekali engkau mengasingkan diri darinya kecuali di dalam rumah (HR Abu Daud: no.2142) Jika diteliti hadith di atas, terdapat 3 perkara yang difokus oleh Nabi SAW, di mana ia menerangkan seluruh tanggungjawab suami: 1. Keperluan isteri wajib dilaksanakan,samada zahir dan batin. 2, Bersikap lembut dengan isteri. Wanita dan kelembutan, ibarat sutera yang halus sulaman. 3. Berlaku adil dalam menghukumnya. Usah kerana secebis kesilapan, isteri diperlakukan seperti haiwan. ♥ WA...
Image

Lalu, Siapa yang lebih kita cinta?

Image
Wahai suami dan isteri, jangan TERLALU cintakan pasanganmu, MELEBIHI cinta mendapat redha Allah, kerana kecintaan melampau kepada pasangan itu mampu menjadi RACUN lalu menjadi beban tidak baik kepada pasanganmu kerana cinta ekstrem sebegitu itu BUKAN FITRAH yang dituntut oleh Allah SWT. Cinta itu juga mungkin membawa ketidakpatuhan kepada agama, semua itu kerana cinta kepada manusia melampaui Allah dan RasuNya. Firman Allah Ertinya : "Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At-Tawbah : 24)

Jika sesuatu itu milik kita

Image

Risau ....

Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan... 1. Risau pasal kerja 2. Risau pasal anak 3. ...Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan.... Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu.... Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..." Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan. Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit.... Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang ja...

6 tips mudah untuk mendapatkan ketenangan hati semoga bermanfaat :

1. Jangan tergantung terhadap orang lain, bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki. 2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat. 3. Jangan mengingat penyesalan yang tidak pantas disesali di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu menjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik. 4. Jangan pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu diibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu. 5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta, tapi waktu. maka pergunakan waktu dengan baik. 6. Jangan khawatir dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka, ingatlah ALLAH, ALLAH pun akan ingat pada kita. InsyaAllah.

Alkisah kereta sampah…

Semasa memandu bersama ayahnya Rahim, Inmi tertiba menekan brek. Ada satu kereta yang tiba-tiba keluar dari lorong belah kiri yang Imni cuba elak. Kereta yang dipandu Imni terbabas dan berpusing dan hanya beberapa sentimeter sahaja lagi melanggar lori di arah depan. Pemandu yang menyebabkan Inmi terbabas datang menjerit-jerit pada Imni. Ayahnya Rahim marah kerana itu bukan kesalahan anaknya. Rahim cuba membuka kereta pintu keluar untuk mengajar pemandu yang biadap pada anaknya. Inmi memegang tangan ayahnya, lalu membuka tingkap dan bersenyum pada pemandu tadi. Dia membuat tanda tangan memohon maaf seperti seorang sahabat karib kepada pemandu tersebut. Pemandu tersebut tidak berkata apa-apa lalu terus beredar. Ayahnya Rahim melihat dengan penuh pegun. “Mengapa Mi buat begitu? Dia yang salah. Mengapa Mi bagi dia buli Mi? Dia hampir menyebabkan kereta kita rosak dan hampir mati?” tanya ayahnya. “Yah, ramai orang ada seperti kereta sampah. Mereka berkeliaran dengan pelbagai s...

Walau tak ada orang sayang kita,

Walau tak ada orang sayang kita, Tapi Allah ada dekat di hati kita.. Walau tak ada orang cinta kita, Tapi Allah sentiasa kasihi kita.. Walau tak ada orang tolong kita, Tapi Allah ada lindungi kita.. Walau tak ada orang rindu kita, Tapi Allah tetap tunggu kita.. Walau tak ada orang jaga kita, Tapi Allah perhatikan kita.. Walau tak ada orang dengan kita, Tapi Allah ada temankan kita.. "cukuplah amal ibadahku hanya Allah yang tahu"