Lalu, Siapa yang lebih kita cinta?


Wahai suami dan isteri, jangan TERLALU cintakan pasanganmu, MELEBIHI cinta mendapat redha Allah, kerana kecintaan melampau kepada pasangan itu mampu menjadi RACUN lalu menjadi beban tidak baik kepada pasanganmu kerana cinta ekstrem sebegitu itu BUKAN FITRAH yang dituntut oleh Allah SWT. Cinta itu juga mungkin membawa ketidakpatuhan kepada agama, semua itu kerana cinta kepada manusia melampaui Allah dan RasuNya. Firman Allah Ertinya :

"Katakanlah: ""Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At-Tawbah : 24)

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang