Posts

Showing posts from 2012

Syurga di Hati ( - Message For my Princess)

Anakku, kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian ini masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Kalau gagal, kita masih berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia… kerana ada ‘syurga’ di sini, yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”
“Syurga di hati kita…”
“Yang ditempa oleh setiap hamba Allah yang sejati… dengan keringat, dengan air mata dan sesetengahnya dengan darah. “
“Hidup di dunia untuk menderita?”
“Tidak anakku… hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar.”
‘Allah is bigger than your problems… insyaAllah, all is well!’ . Tetap adalah lautan kasihNya di sebalik ujianNya yang setitis.

(dari blog gentarasa)

Andainya hartawan itu tahu….

Pernah diungkapkan, tidak mengapa jika kaki mu yang sakit, asalkan hati mu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hati yang sakit kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai, orang yang punyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun di kelilingi keseronokan. Allah yang Maha adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika demikian, si miskin, si hodoh, si marhaen dan “kelana tanpa nama” akan terpinggir dalam mencari kebahagiaan. Setiap hambaNya tidak akan terasa dipinggirkan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan ‘hati emas’ – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita, hamba atau raja. Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba deng…

Agenda Cuti Sekolah di mana Pelajar Kita

Image
Jadi cuti sekolah 2012 bermula family trip to KL 10-13 November 2012. Salah satu tempat lawatan, Petrosains.

19-30 November 2012 :Kem KSQI Ibadah Hafazan di Al Baghdadi Training Center Tanjung Lumpur Kuantan








 I am proud of her coz she dare to accept this challenge jadi Kakak Faci. Although I know dia kata dia tak suka mengajar n 'GARANG' ngan budak2 but I think she did GREAT! Congratulations dear!





Catatan Untuk Diriku

Image

Dari Koleksi FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Image
Alkisah sepohon pokok rambutan…

Pada satu masa dahulu, terdapat satu pokok rambutan yang besar istimewa yang berbuah sepanjang tahun. Seorang budak kecil bernama Rosmah datang bermain di tepinya setiap hari.

Rosmah memanjat pokok itu, memakan buah rambutan dan ada kalanya tidur di bawah pokok rambutan tersebut.

Rosmah amat menyukai pokok tersebut, dan pokok tersebut juga amat menyukai Rosmah.

Setelah beberapa tahun, satu hari Rosmah datang dengan muka bersedih.

“Jom, main dengan saya,” kata pokok tersebut kepada Rosmah.

“Saya bukan budak lagi. Saya tak main di tepi pokok lagi,” kata Rosmah.

“Saya perlukan permainan. Dan saya perlukan duit untuk membelinya.”

Pokok tersebut tidak ingin melihat Rosmah tidak bermaya dan sedih maka berkata, “Maaf, tapi saya tidak ada duit, tapi Mah boleh ambil semua buah rambutan saya dan jual. Macam itu, Mah dapatlah duit.”

Rosmah sangat gembira dengan tawaran pokok dan mengambil kesemua buahnya dan beredar dari pokok tersebut dengan senyuman besar.

Rosma…

Tanah Jelapang

Hibah adalah satu yang tidak layak untuk kita persoalkan. Ia ada pemberian kasih sayang dari seseorang kepada seseorang tak kira samada mak, ayah, saudara atau sesiapa saja untuk sesiapa saja. Ia adalah satu pemberian tanpa sebarang paksaan dan ia bukan lah sebahagian dari harta pusaka yang menuntut kepada penyelesaian faraid atau berakhir dengan perebutan harta.

Puas aku fikirkan akan permintaan ayah. "Ah...kan ayah ada lagi," ujarku lembut bila ayah mahu aku hadir ke Pejabat Tanah bagi urusan pindahmilik tanahnya di Jelapang. "Tanah di Parit ayah dah bagi pada Ain, Jelapang nie untuk along" pujuknya lagi.

Pemberian dari seorang ayah buat puteri-puterinya. Buat ain, adik perempuan kesayangan ku, di hadiahkannya sebidang tanah buat bekalan setelah berumahtangga kelak. Gusar hati si ayah hendak melepaskan puterinya ke tangan orang lain setelah sekian lama di bawah jagaanya. Manakan tahu nasib si anak kelak. Makankah dia? sihakah dia? Senangkah dia? Susahkah dia? Wa…

When the Magement Has Decided...

Image

Tanda-tanda Terkena Sihir

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penya…

Sihir Pemisah / Pembenci (untuk Suami Isteri)

Dari Blog Pusat Rawatan Islam Al- Hidayah
Pengenalan Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Kadangkala pesakit akan juga dikenakan sihir jerutan dan ini lebih dasyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.
Sintom Antara sintom-sintom yang sering penulis diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.Be…

Apa itu Istidraj?

Apa itu Istidraj... Minggu lepas, kawan seofis fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So,fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan men…

Surat untuk Ayah

Ayah...........


Satu2nya perkataan yg tidak dapat ku panggil lagi.....Ya Allah...Kau lebih memahami hati ku.....Kau ambil ayah ku tatkala aku amat memerlukannya...hanya linangan airmata tatkala nama nie tersentuh di hati...tersebut di bibir


Kini tiada tempat untuk ku mengadu, hanya padaMU Ya Allah, ....yg ada padaku hanyalah pesan Ayah. Ku lalui hari2 mendatang terasa kosong. Bagai tak percaya ayahku tiada lagi. Walau pn aku jauh dari sisinya, tapi kesannya amat terasa. Aku puteri sulung ayah. Banyak yg aku pendamkan dan makin terpendam....

Dlm sujudku aku mengadu, dlm tahjud ku aku merintih. Betul kata ayah, kita syg kan manusia, manusia akan hilang. Satu persatu org2 yg aku sayang hilang dari sisi ku....Dr. Yun, Nurul, Dr Wani, Aidil, Ayah, nanti Siti pulak....aku.....cuma tinggal dan menghitung....kata ayah kawanlah dengan buku, dia tak tinggalkan kita, malah banyak ilmu yg dia bagi....tapi ayah, sunyi....i also need somebody to talk to, ayah kata ckp lah dengan pokok, dia akan ba…

Hak isteri untuk suami berpoligami

KELUARGA
ARKIB : 24/10/2008


-->
Hak isteri untuk suami berpoligami

SOALAN:SAYA mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Masalahnya kini, suami saya ingin berkahwin lagi. Saya terpaksa akur dengan kehendak suami untuk berkahwin dua apabila memikirkan masa depan anak-anak. Tetapi saya mahu hak-hak saya dan anak-anak terjamin. Betulkah suami tidak wajib memberi nafkah sekiranya isteri bekerja? Adakah apa-apa peruntukan atau prosedur untuk saya pertahankan hak saya dan anak-anak? Bantulah saya.
Hasnah Maleek,
Petaling Jaya.

Jawapan:
Dalam perundangan di Malaysia, poligami dibenarkan tetapi wajib mendapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukan dalam seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Menurut seksyen 23(4) dan (5) Enakmen, dalam memberikan keizinan, mahkamah akan mempertimbangkan beberapa perkara dan antaranya ialah mengapa perkahwinan poligami ini patut atau …