Posts

Showing posts from July 3, 2011

Kapal Karam

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Alllah setiap hari supaya menyelamatkannya. Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal  yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan. Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam. Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. :Kenapa lah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji...

Kisah Aiman lagi.....

Aku baru pulang dari appointment dgn doctor sabtu lepas(2/7/2011). Sedih. Terasa berat kepala aku mendengar  kata-kata doctor berkenaan Aiman. “Tulangnya masih belum bercantum dan kemungkinan besar ia tidak akan bercantum. Dan ada kemungkinan besar ligmen dibawah lutut dia putus dan itu mencacatkan cara dia berjalan.“ Terduduk aku mendengarnya. “Jadi?” Tanya aku. “apa plan doctor?” “saya cadangkan kita buat operation untuk masukkan besi dlm kaki dia. Ruang yg kosong tu kita masukkan tulang gantian. Tulang gantian agak mahal sket. UIA ada buatkan...granumas. Lebih kurang RM1000 satu atau cara lain kita ambik tulang dari pinggul dia. Selepas dua tahun, insyaallah, besi tu kita keluarkan sama mcm besi kat bahu dia. Cuma bahagian ligament tu kita tak boleh buat operation lagi, dia masih sedang membesar, kene tunggu umur dia 20tahun baru boleh buat.” “Tak ada cara lain doctor?” “kene buat dlm masa terdekat ke atau boleh tunggu lepas PMR?” Tanya aku lagi. “Kita boleh buat masa cuti sekol...