Posts

Showing posts from February 1, 2015

Lebih berat menanggung air mata di hati, Berbanding mengesat air mata di pipi. Namun hidup akan indah kembali, Jika kita yakin Allah swt sentiasa di sisi.

Arnab Rabbit...

Image

Puding Susu Buah

Image
BAHAN-BAHAN : 1 paket serbuk agar-agar (10g/11g) 1/2 cawan gula halus 600ml air 200ml susu cair 1/4 cawan susu pekat manis buah-buahan dalam tin secukupnya - ditapis airnya 1 biji putih telur - dipukul hingga menjadi meringue 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar air 1/4 sudu kecil garam CARA-CARA : 1. Masak air, serbuk agar-agar & gula hingga mendidih. 2. Kecilkan api, masuk kan susu cair & susu pekat manis. Gaul rata. 3. Campur tepung jagung bersama 1 sudu besar air, pastikan tidak bergentel. 4. Setelah agar-agar mendidih kecil, masuk kan bancuhan tepung jagung & garam. Gaul rata hingga pekat sebelum matikan api. 5. Bubuh buah-buahan kedalam acuan. 6. Tuang sedikit cecair agar-agar. Masuk kan kedalam freezer 5 minit. 7. Bahagi cecair agar-agar kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dibubuh warna & setengah meringue. Gaul hingga sebati. 8. Tuang campuran agar-agar pertama ke dalam acuan & masuk kan kedalam freezer 5 minit atau hingga mengera

Rama-rama

Seorang lelaki terjumpa satu kepompong rama-rama. Satu hari, terdapat satu rekahan di kepompong itu. Lelaki itu memerhati betapa peritnya rama-rama di dalamnya untuk keluar melalui kerahan kecil di kepompong itu untuk beberapa jam lamanya. Akhirnya lelaki tersebut tidak tahan melihat rama-rama itu tersekat lalu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama tersebut dengan membuang kepompong tersebut. Lelaki itu menunggu melihat rama-rama tersebut itu untuk membuka sayapnya dan terbang. Rama-rama tersebut hanya mampu merangkak dengan badan yang bengkak dan sayap yang kusut. Lelaki yang terkejut itu pun melakukan carian di Google. Baru dia faham, pertolongan dia tadi untuk membebaskan rama-rama itu daripada kepompong adalah tindakan yang silap. Rama-rama itu akan mati. Rupa-rupanya Allah telah mencipta keadaan sebegitu rupa di mana rama-rama itu perlu menggunakan segala tenaganya untuk keluar daripada kerahan kecil kepompongnya supaya cecair yang ada di badannya aka