Posts

Showing posts from June 8, 2014

DAGING DENDENG

Image
Bahan-Bahan 1kg daging-dipotong dadu 3 biji bawang besar-dikisar 6 ulas bawang putih- dikisar 1 inci halia-dikisar 2 sudu jintan manis 2 sudu jintan putih 2 sudu kicap pekat 3 sudu cili boh 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 5 biji bunga cengkih 5 biji bunga lawang gula, garam dan ajinomoto sedikit minyak untuk menumis Cara Menyediakannya, 1. rebus daging yang telah dibersihkan hingga empuk kemudian tos 2. selepas itu, tumis bahan yang telah dikisar bersama kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau 3. kacau seketika sebelum dimasukkan cili boh dan kicap pekat. kacau sehingga naik minyak 4. setelah itu, taburkan garam,gula dan ajinomoto secukupnya dan biarkan selama lima minit 5. akhir sekali, masukkan daging yang telah direbus kedalamnya dan gaul sampai sebati. sedia dihidang SELAMAT MENCUBA..

MASAK LEMAK PUCUK PAKU

Image
   2 ikat pucuk paku 2 biji keledek oren- dipotong sederhana 2 cawan santan pekat 2 cawan air 1 batang serai - diketuk 3 ulas bawang putih-dikisar 2 ulas bawang merah- dikisar 5 tangkai cili padi hijau- dikisar 1 inci kunyit hidup- dikisar sedikit garam, gula, ajinomoto CARA MENYEDIAKANNYA, 1. masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih 2. masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk. 3. seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar.. 4. akhir sekali masukkan pucuk paku 5. masak sehingga pucuk paku empuk 6. Sedia dihidang SELAMAT MENCUBA.......

LAKSA JOHOR...

Image
LAKSA JOHOR...    Bahan A : 1 kg ikan kembung -direbus & diambil isinya 500 gram ikan parang / ikan tenggiri -direbus & ambil isinya (ambil air rebusan ikan) - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa) 500 gram udang basah -direbus dan diambil isinya (air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air) 3 keping ikan kurau masin 4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah 1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi. Bahagian B : 20 tangkai cili kering 15 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 10 batang serai 4 cm halia 4 cm lengkuas 2 cm kunyit 1/2 keping belacan 9 sb ketumbar 3 sb jintan putih 3 sb jintan manis 1 peket kecil kerisik ( saya tambah sendiri ) Kesemua bahan B di atas dikisar halus. Bahan C : 1 kepal/genggam asam jawa 1 cawan air - air asam jawa (kalau tak mahu gun

LEPAT UBI KELEDEK..

Image
BAHAN BAHANNYA... 1 biji keledek merah-direbus dan dilecekkan 500ml santan 100gm tpung beras-plastik biru 2 sudu makan marjerin- dicairkan 120gm gula secubit garam sedikit minyak daun pisang-untuk membungkus CARA MEMBUATNYA.. 1. campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau di atas api hingga pekat 2. ambil daun pisang yang siap dgunting dan sapukan sedikit minyak di atsnya 3. ambil satu sudu besar adunan tadi dan letakkan di atas daun pisang 4. lipat kemas daun pisang seperti membuat lepat 5. sediakan kukusan dan kukus selama 20minit 6. setelah masak sejukkan seketika..dan sedia dihidangkan.. SELAMAT MENCUBA...