LAKSA JOHOR...

LAKSA JOHOR...

 
 Bahan A :
1 kg ikan kembung -direbus & diambil isinya
500 gram ikan parang / ikan tenggiri -direbus & ambil isinya
(ambil air rebusan ikan) - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa)
500 gram udang basah -direbus dan diambil isinya
(air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air)
3 keping ikan kurau masin
4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah
1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.

Bahagian B :
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
2 cm kunyit
1/2 keping belacan
9 sb ketumbar
3 sb jintan putih
3 sb jintan manis
1 peket kecil kerisik ( saya tambah sendiri )
Kesemua bahan B di atas dikisar halus.

Bahan C :
1 kepal/genggam asam jawa
1 cawan air - air asam jawa
(kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)
2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya (boleh gunakan santan kotak)
3 sb gula melaka
1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)
ajinomoto, gula, garam secukup rasa
1 paket rempah kari ikan (jika suka)
Minyak secukupnya untuk menumis

Spaghetti :
Direbus (dipintal menjadi seperti nombor 8)

Ulam-ulaman laksa :

limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan ( campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan Bahan B hingga wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.
5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.

SELAMAT MENCUBA...

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang