Kita kata ISLAM itu Adil...Dimana adilnya?
Apa itu Adil? Adakah seperti sebiji kek yg dibahagi sama banyak atau yg dibahagi mengikut keperluan? Kita kata ISLAM itu adil. Fahamkah kita bagaimana adilnya? Apa yg menyebabkan Ia Adil? Rukhsahlah yg menyebabkan Islam itu adil. Apa itu rukhsah? Rukhsah adalah kelonggaran atau kemudahan yang diberikan dlm melaksanakan satu2 perkara bagi org yg memerlukan. Contoh: Wuduk. Jika kita tak boleh wuduk guna air, mendatangkan mudarat atau kerana ketiadaan air, kita dibolehkan bertayammum. Dlm solat pun ada rukshah, sekiranya bermusafir kita diberi kelonggaran menJAMAK dan mengQASARkan solat; dan banyak lagi. Rukhsah ini adalah pemberian Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada hambaNYA. Bila diberi kelonnggaran, bersyukurlah. Bagaimana dlm kehidupan kita seharian? Adakalanya jiran, kawan, saudara, adik beradik kita yg dlm kesulitan dan mereka diberi kelonggaran, adakah wajar kita mempersoalkan tentang ADIL? Kita tidak berada didalam kedudukan mereka, dalam kedukaan mere...