Posts

Showing posts from May 20, 2012

Sunnah Rasulullah Ketika Makan

Image
1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai.
.
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

3. Membaca Bismillah dan Hamdalah.

4. Makan menggunakan tangan kanan.


5. Tidak bersandar ketika makan.

6. Memakan makanan yang terdekat dahulu.

7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sendok atau garpu.

9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya.
. 10. Makan dan minum sambil duduk.

11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.

12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit.

13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.

14. Mendo’akan yang mengundang makan.

15. Menutup tempat makan dan minum.

Itulah namanya CINTA

Image
Assalamualaikum semua,

Allah memberi kita 2 kaki utk berjalan,
2 tangan utk memegang,2 telinga utk mendengar dan 2 mata utk melihat,tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati kpd seseorang untuk kita mencarinya...
itulah namanya CINTA....
Cinta Allah ialah tahap yg terakhir dan teratas.Tiada tahap lagi selepas mencapai cinta kpd Allah.
Semoga kita menemui cinta ini,Aamiin...salam semanis kurma.

-copied from Ustazah Siti Nor Bahyah 

MOM

Image
Mutiara nasihat Lukman Al Hakim pada anakdanya: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.



"Jika Allah sayang kepada seseorang,Dia akan berikan iman. Jika Allah sayang lagi, Dia akan beri kekuatan untuk mengamalkan agamaNya dengan sempurna. Dan jika Allah sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya,untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepadaNya "


Dan kasih Sayang Allah melebihi kasih seorang ibu.

Angah:Waktu kecil amat susah nak bergambar....






Alang: Aktif dan suka bergaya


"Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama."

Rasanya bagaikan semalam.....mendukung ana…

1000 Keinsafan

Image
Bismillahirrahmaanirrahim

Hayatilah madahku ini. Seribu penyesalan,lebih baik daripada tidak pernah menyesal..
Seribu kesedaran,lebih baik daripada tidak pernah sedar..
Seribu keinsafan,lebih baik daripada tidak pernah insaf..
Seribu tangisan,lebih baik daripada tidak pernah menangis..
Namun..biarlah segala2nya itu hadir dari hati & diri..
yang benar2 ingin berubah menjadi yang lebih baik,hebat & TERHEBAT..

-copied from- Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Adab Makan

Image
Ajarlah anak anda budi pekerti mulia ketika makan. Antaranya mengambil makanan dengan tangan kanan, membaca bismillah ketika hendak makan, mengambil makanan di hadapan sahaja, jangan tergesa-gesa mengambil makanan, jangan meliarkan pandangan kepada makanan, jangan terlalu cepat bila memakan, jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan dan mengunyah makanan baik-baik sebelum ditelan. (Imam Ghazali)

Bila ada yang SAYANG...

Image
Bila ada yg syg.. Jangan kamu lukai hatinya.
Bila ada yg cinta.. Jangan kamu titiskan air matanya.
Bila ada yg menanti.. Pastikan kamu kembali.
Bila ada yg setia.. Kamu lakukanlah yang sama.

Bila dia banyak berkorban utk kamu, hargailah dirinya, jgn lukai hatinya. Bila dia pergi... Pergilah kejar selagi rasa dia bererti kerana bila dia tiada di sisi, barulah kamu menyesal kerana mensia-siakan insan yg ikhlas mencintai kamu!

Membuka Apa Yg Tertutup

Image
Bagus diamalkan utk....
a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup utk berkahwin
by: Masjid Jamek An-nur Rembau

Menangani Kegagalan

Image
Jika kita berjaya, Allah syg kat kita. Jika lambat berjaya, Allah uji kita. Jika nampak mcm gagal, Allah nak beri kita alternatif yg terbaik. Jgn sesekali bersangka buruk kpd Allah. Apa yg Allah beri pasti yg baik utk kita, yg kita perlukan atau yg kita layak dpt. Moga kita sentiasa redha.Teruskan berdoa, usaha dan tawakal. - copied from Dato Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah -

Krisis Identiti Muslimah

Image
Ada berbagai bentuk krisis identiti dan salah satunya adalah berhijab. Menutup aurat wajib tapi kami nak kelihatan cantik. Ada berjenis2 fesyen bertudung atau berhijab. Ada yang menepati syarak, ada yang tidak walaupun cantik dari segi warna, hiasan dan jenis kain.


"Saya tidak fikir gaya busana Muslimah perlu up-to-date seiring dengan perkembangan fesyen semasa
Sebaliknya, saya percaya perkembangan fesyen semasa yang mesti peka terhadap gaya busana Muslimah yang sudah digariskan jelas oleh syarak.

Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.


Pengusaha busana muslimah bertanggungjawablah kepada terma 'muslimah' yang diterjemahkan kepada busana yang diperaga dan dijual.

Telitilah dengan sehalus-halusnya jenis kainnya, gaya potongannya, ketebalan materialnya, ukuran panjangnya, corak pada permukaan kainnya, jenis warnanya dan aksesori yang dipadan dengan busana tersebut.


Saya ikhlas memohon, usah jual terma 'muslimah' untuk menjadi pelaris."

(dipetik dar…

Tuhanku....

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau …

Sejujur sibuah Manggis

Image
"Jika Hati Manusia Sejujur Buah Manggis, Pasti Hidup Manusia Akan Aman Kerana Buah Manggis Tidak Pernah Menipu Tentang Isi Di Dalamnya.

Sebanyak Mana Tampok Di Belakang Buah Manggis Sebanyak Itulah Isinya.

Jika Hati Manusia Sebersih Buah Manggis Pasti Dunia Ini Akan Tenteram Kerana Seburuk-Buruk Luaran Kulit Buah Manggis Tetapi Isi Di Dalamnya Sangat PUTIH dan BERSIH"