Posts

Showing posts from January 15, 2012

Aib

Orang yang beriman sentiasa cuba melindungi aib seseorang dan menasihatinya, manakala orang yang 'fajir' atau fasiq itu sentiasa suka mencari keaiban, kelemahan orang lain & menyebarkannya secara terbuka. KECUALI jika kelemahan itu melibatkan kepentingan awam yg sgt jelas maka dimaafkan untuk disebarkan bagi mengelakkan orang ramai terpedaya, seperti ulama mendedahkan kelmahan perawi hadis agar berhati2 dgn hadis yang diriwayatkan. Maslahat awam melebihi maslahat individu.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Seruan Kubur

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ... 1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Anak Asset ke syurga atau neraka

Image

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan ya...

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Bile ingat mak ... Bile ingat ayah

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.. ♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.. ♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.. ♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.. :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... " :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... " TETAPI... ♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda.." ♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya.." ♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki... ♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... ♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal... ♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga... #Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia Anak yang sol...

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Tolak Tambah Darab Bahagi

Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI. Amalan yang baik hendaklah DITAMBAHKAN. Segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah DITOLAK, pahala amalan hendaklah DIGANDAKAN dan masa yang ada hendaklah DIBAHAGIKAN dengan sempurna agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat...Amin ♥

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - 1000 batang mancis

1000 batang mancis tak dapat nak terangkan kau dalam kegelapan buat SELAMA-LAMANYA.. tapi, CAHAYA KEIMANAN dapat bawak kau ke jalan KESENANGAN. "Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Al-Fath: 4)

Motivasi dari Dr Hj Tengku Asmadi

Kalau kita abuat baik dengan orang, orang itu mungkin tidak berbut baik pada kita. Kalau kita tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong kita. Tapi yakinlah, satu hari dan satu masa, Allah hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan tolong kita. Saya tahu dan saya yakin sebab saya sendiri telah mengalaminya. ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad ® ~

Hidup adalah ujian

Sesungguhnya hidup ini adalah rentetan ujian yang tiada henti. Sedangkan seberat-berat ujian adalah ketika kita diberi kelapangan, kemudahan, mendapatkan pujian dan hal-hal yang lebih membuat kita lalai dan lupa pada Allah Masya Allah... semoga kita sentiasa selalu bersyukur dan mengingat Allah selalu..

Disentuh Hidayah

manusia seringkali sedar bahawa mereka perlu berubah, namun taubat mereka sering tertangguh. percayalah bahawa jika disaat hati kita disentuh hidayahNya dan kita masih terus terleka dan menangguh-nangguhkan kebaikan yang patut disegara, sampai bila pun kita tidak akan punya waktu yang terbaik untuk melakukan perubahan..ingatlah, sampai suatu masa, waktu kan memanggil kita, jangan sampai detik itu baru kita mula menyesali masa-masa yang pernah kita abai suatu ketika dahulu yang pernah ada...

Telah Allah tetapkan penyelesainnya..

setiap masalah yang datang, telah Allah tetapkan penyelesaiannya. cuma emosi yang memandu hati untuk terpuruk tanpa mencari jalan. masalah yang datang dirasakan suatu bebanan dan menganggap takdir adalah suatu ketidakadilan, padahal kita yang sebenarnya menyempitkan peluang yang telah Allah buka untuk kita menimba pengalaman. pelajaran dari kehidupan adalah ilmu yang tidak mungkin akan terbeli walau harta segudang. mereka yang memiliki pengalaman yang penuh keperitan sebenarnya sangat perkasa dan bisa membiasakan diri di segenap keadaan..bersyukurlah dengan ujian, ia mengajarmu erti kehidupan.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Bile aku.....

Bila aku sedih , aku menangis untuk lebih tenang . . Bila aku marah , aku menangis untuk redakan rasa itu . . Bila aku terasa hati , aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat . Bila aku rasa benci , aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri.. Bila aku buat dosa , aku menangis kerana aku buat Allah murka . . Ya Allah , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . . Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . . Terima kasih kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat dengan-Mu . . Alhamdulillah...

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Ujian itu ...

•► Ujian itu perhatian Allah kepada hambaNya, •► Ujian itu panggilan Allah kepada hambaNya, •► Yang sudah jauh dan larut oleh dunia, •► Yang terlalu asyik dengan kemanisan nafsu, •► Ujian itu melebihi batas pemikiran dan akal yang terhad, •► Di balik sempadan akal dan kudrat yang terhad serta lemah itu, *•.¸♥ Allah menanti sahutan hambaNya, *•.¸♥ Allah merindu rintihan hambaNya, *•.¸♥ Allah mendengar pengaduan tekad hambaNya, •► Sungguh jangan di kesali ujian itu, •► Kerana cinta Rabb kepada hambaNya •► Yang terlalu kerdil dan lemah untuk menerima cintaNya, *•.¸♥ Sabar dan berkorbanlah, untuk cintaNya, *•.¸♥ Sabar dan redhalah *•.¸♥ Sabar dan ikhlaslah.. •► Untuk orang-orang yang menanti kemanisan iman dan peritnya UJIAN...

Pesanan Prof Dr Muhaya

Salah satu sifat mulia yang saya pelajari daripada Prof Muhaya - Kadangkala mengalah itu lebih baik daripada nak jadi betul dan menang sentiasa. Mengalah bukan beerti kalah tetapi mengalah itu tandanya matang dalam bertindak :) By: Ustazah Pilihan Firuz

Nilai seorang Isteri

Image
Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang & harta, tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang, wang akan hilang serta habis. Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci dlm hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga. InshaAllah.