Posts

Showing posts from September 7, 2014

Resepi laksam (12 gulung)

Image
3 cawan tepung beras 1/2 cawan tpg gandum sedikit garam 4 3/4 cawan air suam 3 sudu besar minyak masak campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar * panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak * masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit.. *angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.. * guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis.. *kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis.. kuah laksam 6 orang makan 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti 2 biji bwang sederhana besar 2 ulas bawang putih.. sedikit je halia 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halu...

Ujian hidup

Ada masanya ujian hidup menyebabkan kita rasa tidak berdaya, namun jangan berputus asa… Itu sebenarnya isyarat untuk berehat. Bisikkan pada hati, “wahai diri kembalilah kepada Allah. PadaNyalah tempat aku menyerah…” Let go, let God. Hasbunallah wa nikmal wakil. - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Harapan

Siapa kata harapan itu tidak pernah wujud? Harapan itu memang ada. Cuma diberikan dalam bentuk yang berbeza. Kita mengharapkan A namun Allah hidupkan harapan itu dengan harapan B. Itulah harapan. Tidak semestinya kita tidak mendapat A seperti yang dihajati, harapan itu dikira telah pupus. Tidak. Sebaliknya Allah gantikan dengan harapan yang lebih baik. Ya, harapan memang sentiasa wujud..

Maaf Memaafkan

Image

cerita tentang luka, Cerita tentang cinta, Dunia takkan habis.

cerita tentang luka, cinta, dan dunia takkan habis. selagi kita masih mampu memijak bumi, selagi tu akan Allah uji. manusia datang dan pergi. silih berganti meninggalkan secebis memori. walau siapa pun kita, peluang taubat tu ada selagi mana nafas masih sudi Allah pinjamkan. saat hati luka, satu dunia kau cerita ibarat Allah takpernah beri bahagia. saat kau gembira, satu dunia kau jaja, hingga Tuhan pun kau lupa. menulis tentang Islam tu mudah, tapi megamalkannya tak semudah kata kata. dunia. ada apa dengan famous dunia andai ‘disana’ kelak semua menuntut untuk membalas. kata kata mahu menjadi pendakwah muda. tapi amal entah kemana. hanya kata kencang bercerita. saat nanti, nyawa dah di hujung kerongkong, mana nak lagi cari taubat? selagi mampu bernyawa, hargailah. jangan terlalu berkira tentang luka, Allah ada menyembuhkannya. asal saja kau mahu kepada-Nya. gengam dunia dalam tangan, ikat akhirat dalam hati. - Gulagula hati

JANJI hAPPY

Image

KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang BERSYUKUR

Image
Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API... Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE... Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA... Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE... Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya. Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal. "Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh mere...

jalan ke arah ketenangan sejati.

Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah. Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan." Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan. Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah. Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

SUSAH SENANG ATAU SENANG SUSAH

Image

Hidup adalah BELAJAR

Image

Kita perlu berubah

Image

No Reasons...no excuses

Image

You Will

Image

KENAPA YE PERLU IRI HATI?

Percaya tak ramai antara kita yang Iri Hati? Maksud Iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini! Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah Iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana. Mengapa perlu menyiksa diri andai Iri Hati tidak mendatangkan makna pada diri kita. Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang ...

Pasti ada hikmah..

Kekadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, kekadang yang datang itu sebenarnya hanya musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Percayalah disebalik sesuatu yang berlaku pastinya ada hikmah yang sangat baik yang mana bila kita sedari dan melihatnya di hadapan mata kita satu hari nanti, kita pasti bertangi s syukur yang tidak terhingga. Senyumlah.. :’)

Tiada lebih bahagia daripada menunggu pilihanNya

Bagaimana mungkin Allah yang menciptakanmu dengan cinta lalu membiarkan dirimu terbelenggu oleh luka. Andai bukan kerana beratnya ujian,belum tentu hati mendamba perhatian Tuhan. Adapun Allah sengaja membiarkan dirimu mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana doa begitu istimewa yang tidak tercerna oleh ayat semata-mata tapi tautan rasa dan harapan yang diterjemah bersama Iman. Percayalah,kehendakmu selalu terburu,namun kehendak Allah sentiasa tepat waktu. Dan tiada lebih bahagia daripada menunggu pilihanNya yang tertulis khusus untukmu.

Hati, Tempat pendamkan semua rasa. Moga apa pun yang kamu pendam, Jangan pernah lupa, Allah sentiasa ada, Untuk buat kita kembali senyum, Saat kita terluka.. :')

Allah sayang abang

Seorang lelaki jumpa saya dan kata sifat semulajadinya kasar dan suka marah sehingga isterinya lari bersama anak-anaknya. Tuntut cerai tapi dia tak sanggup nak lepaskan... Dia minta nasihat. Katanya hatinya sayang dan baik tapi cuma dia tak tahu nak ubah sifat kasarnya... Jawab saya Allah sayang abang. Saya nampak abang lembut sebenarnya. Kerana abang bercakap dengan saya ni dengan wajah yang sayu dan air mata yang bergenang.. Sebenarnya inilah yang isteri dan anak abang nantikan. Tak lebih cuma kejujuran dan lemah lembut. Kalau abang luahkan seperti abang luah pada saya insyaAllah mereka akan maafkan abang.. Siapa gembirakan saudaranya, Allah akan gembirakan hatinya. Abang orang baik. Indahnya jika dengan sepatah perkataan abang boleh membuat keletihan isteri sepanjang hari boleh hilang dan anak-anak yang menjadi anak yang terbentuk dengan sifat seperti Nabi saw dan sahabah. Cukup bila sampai rumah kata, YaAllah syukur rindunya nak balik tengok isteri abang yang ber...