Posts

Showing posts from December 14, 2014

Kadang-kadang...

Image
kadang,
rasa nak jadi orang baru,
nak hidup dalam dunia baru,
tanpa kenangan,
tanpa ada orang kenal.
tapi,
mana mungkin kan?
hidup tanpa kenangan,
tanpa air mata,
tanpa senyuman.
kadang,
bila kenangan tu datang bertalu-talu,
aku rasa nak hilang ingatan je,
biar tiada lagi sakit yang aku rasa,
biar tiada lagi senyuman palsu dari aku.
hijrah perlu kekuatan,
tiap hari aku perlu tarbiyyah,
tiap hari aku perlu move on,
aku rasa tak mampu.
tapi,
aku kena paksa diri aku,
jadi seperti apa yang Allah suruh,
aku tak nak heret abi umi aku masuk neraka,
Allah :’(
moga air mata yang mengalir ini,
disaat hujan rintik yang turun,
Allah selitkan sedikit kekuatan,
agar aku mampu bahagiakan abi umi.
Ya Allah,
layakkah aku masuk ke syurgaMu?

Jika kau merasa kecewa

Jika kau merasa kecewa,
Pandanglah ke sungai.
Nanti kau nampak,
Airnya tetap mengalir walau ada beratus batu menghalang.
Jika kau merasa sedih,
Pandanglah ke langit.
Nanti kau akan sedar,
Bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Stubborn heart will remain unchanged

Image
“stubborn heart will remain unchanged. wake up and grow up. move on and begin again.”
dah tahu sakit, kenapa masih nak genggam, masih nak sayang, masih nak simpan benda yang menyakitkan tu?
memang, kadang kita takut untuk terluka lagi. sebab tu kita takut nak melepaskan, dan masih nak tinggal di masa silam.
tapi kita lupa, Tuhan mungkin sediakan sesuatu yang lebih di hadapan sana.
ingat, setiap kali nak hirup udara baru, kita perlu menghembus nafas yang ada.
kalau nak sembuh dari luka, kalau nak capai bahagia, berubahlah.
hati yang degil, takkan dapat apa-apa.