Posts

Showing posts from September 1, 2013

Take the Chance

Image

Tahap Mendidik Anak Mengikut sunnah Rasulullah

Image

Dulu

Image
Dulu
dulu-dulu
Saat hati bersatu
Jalan di hadapan lurus
Bumi yang dipijak terasa lapang

Bila hati terbelah dua
sukar untuk disatukan
Kini, jalan di hadapan telah bersimpang
Yang di sini kelam dan semakin buta
Yang di sana indah dan membahagia

Hati
Perlukah aku jahit kembali bersatu?

Hanya diri kita dan Allah yang tahu....
hati kita bagaimana.....rahsia yang sukar dileraikan.....

Bila putus cinta

Image

Setiap orang mampu berubah

Image

Orang yang bijak, dia kawal fikiran dan tidak benarkan orang lain mengawal diri dia..- Prof Muhaya

Bila Allah Tidak Menguji kita

Image

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa banyak air …

Pelilhara Allah nescaya...

Image

Siapa pemilik tulang rusukku?

Image

Sahabat

Image

Pesan pada Hati

Selalu aku pesan pada hati.. Janganlah menunggu sesuatu yang belum engkau pasti, kerana hibanya akan meragut emosi.

Selalu juga aku dipesan.. Cintailah apa yang buat dirimu semakin hari semakin baik, jangan abaikan walau dirimu rasa itu bukan yang kamu inginkan..

..dan selalu juga aku berharap.. Janganlah dibolak balikkan hati untuk setia dan mencintai yang haknya sahaja walau kadang menunggu yang halal itu boleh mengguris hati dan menguji banyak kesabaran diri.

Saya tunggu si jodoh, maaf saya tak akan beri cinta untuk sembarangan.

Fasakh

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri : 
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
 b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan. 
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih. 
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
 e) Telah mati pucuk.
 f) Telah gila selama tempoh 2 tahun. 
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
 h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
 i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
 j) Memaksa isteri hidup secara lucah. 
k) Melupuskan harta isteri.
 l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
 m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
 n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin. 
o) Dan apa-apa a…

Iddah

Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang masih di dalam iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya tidak sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta. Antara hikmat disyariatkan iddah ialah :
 i) Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan.
 ii) Perkara ta¿abbud (ibadat).
 iii) Memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan kembali merujuk isterinya semasa d dalam iddah. Hal ini tertakhluk kepada kes talaq rajie sahaja.

Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah :

a) Nafkah eddah
b) Mut’ah
c) Harta Sepencarian
d) Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
e) Nafkah Anak
f) Tunggakkan Nafkah
g) Hak tempat Tinggal

Soal Jawab: Isteri berzina ingin bertaubat

Saya mempunyai suami dan anak. Tanpa pengetahuan suami ,saya menjalin kembali hubungan dengan kekasih lama dan pernah terlanjur. Saya tahu bersikap curang pada suami adalah berdosa besar dan sangat menyesali perbuatan itu. Saya benar-benar bertaubat, semoga Allah mengampunkan dosa saya.

Persoalannya, adakah saya perlu memberitahu suami mengenai perkara ini atau mendiamkannya saja? Bagaimana caranya untuk saya memohon ampun tanpa memberitahunya? Saya dan bekas kekasih melakukan hubungan seks ketika siang hari pada Ramadan.

Namun saya tidak mampu memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut. Saya ingin membayar denda iaitu memberikan satu cupak beras kepada 60 anak yatim.Adakah bayaran itu berganda (kerana dua kali melakukan persetubuhan)? Apakah ciri anak yatim yang layak menerima denda berkenaan?


Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Sungguh sedih apabila memikirkan perbuatan dosa di atas dosa. Dosa curang pada suami sangatlah besar kerana ia temasuk berzina…

Lafaz Talak/Cerai

Lafaz cerai terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-

(i) Lafaz Soreh; dan
(ii) Lafaz Kinayah

Lafaz soreh ialah lafaz yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak/cerai dan tidak boleh ditafsirkan kepada makna lain selain talak/cerai. Lafaz soreh ada tiga (3) iaitu talak/cerai, bebas/lepas dan pisah. Contohnya seorang suami berkata kepada isterinya "Aku ceraikan engkau" atau "Aku berpisah dengan engkau".

Hukum lafaz soreh ini ialah jatuh talak sama ada suami berniat menceraikan isteri atau tidak. Ini kerana lafaz soreh tidak perlu kepada niat ketika diucapkan.

Lafaz Kinayah pula ialah lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai cerai atau selain cerai. Ada banyak lafaz kinayah diantaranya ialah seorang suami berkata kepada isterinya "Engkau bebas dari aku", "Engkau terputus hubungan dengan aku", "Kembalilah kepada keluarga engkau", "Jauhkan diri engkau dari aku", "Engkau haram ke atasku" dan lain-lain…

CERAI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH: SATU KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.

Melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.

Jika suami sudah terlafaz cerai di rumah, di pejabat, di dalam kereta, atau di mana saja, asalkan tanpa kebenaran mahkamah, maka apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin. Buat satu permohonan untuk memohon pengesahan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak.

Kedua pasangan mesti hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz tersebut. Mahkamah akan me…

Soal Jawab: Tunang dikatakan pernah berzina

Soalan
Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?

Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.





Jawapan :

Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.

Lelaki yang telah berzi…

Soalan : Terlanjur

A'kum Ustaz,

Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya.

Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk 'pregnancy test'. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yg bermakna telah sahlah bahawa teman wanita saya itu mengandung. Sekarang ini saya dan teman wanita saya sedang berfikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Soalan-soalan saya adalah seperti berikut:-

Pada pendapat Ustaz, apakah jalan yg sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah ini?

Jika saya ingin menikahi teman wanita saya itu, siapakah yang patut menjadi wali kepadanya? Untuk pengetahuan pihak Ustaz, bapanya telah meninggal dunia, tetapi dia masih mempunyai abang. Tapi, saya rasa akan ada masalah, ada kemungkinan abang-abangnya tidak mahu mewalikan teman wanita saya. Dalam hal ini. bole…

Hak Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia.

Dalam Al-Quran ada menyebut:

"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan". (Surah An-Nisaa' : 32)

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan.

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
"Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak'.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.…

Orang ketiga

2013/03/27

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata akta berkenaan yang mendefinisikan orang ketiga sebagai penceroboh institusi kekeluargaan menyatakan individu terbabit juga boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
Penguatkuasaan diharap jadi pengajaran

“Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian.

“Akta ini sudah lama digubal, tetapi tidak dikuatkuasakan mungkin kerana ramai yang tidak tahu mengenainya, dan penguatkuasaannya diharap dapat dijadikan pengajaran atau penghalang kepada keruntuhan rumah tangga,” katanya selepas Bengkel Peng…

Rujuk

Ruju‘ dari segi bahasa bererti kembali.

Manakala dari segi syara‘ pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu ‘iddah yang bukan talaq ba’in.
Ruju‘ adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu ‘iddah isteri.

DALIL HARUS RUJU‘

Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.”
(Surah Al-Baqarah, 2:228)

·Allah subhanahu wata‘ala juga berfirman:
Maksudnya:
“Maka apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddah, ruju‘lah mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik).”
(Surah At-Talaq, 65:2)

Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah bersabda kepada ‘Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (‘Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haidh maka Rasulullah sallallahu…

Hold onto your faith

Image

Muliakah Lelaki Itu?

Ada seorang lelaki yang berpakaian kemas, berkarisma dan berharta. Dia berjalan dengan penuh bangga. Rakan sepejabat memuji penampilannya. Orang luar menghormatinya. Sedangkan isteri dan anaknya hidup dalam kelaparan. Jika dia pulang, anak dan isteri akan merasa susah hati.

Adakah lelaki seperti ini mulia di sisi Allah?

Bagaimana pula dengan seorang lelaki yang berpakaian ringkas, rendah diri dan poket nipis. Kemana saja dia pergi, tiada orang yang memandangnya. Kehadirannya tidak dirasai. Namun anak dan isterinya cukup makan. Jika dia berada di rumah, isteri dan anaknya bahagia dengan sikapnya.


Adakah lelaki ini lebih mulia di sisi Allah berbanding lelaki yang pertama?

Ukuran Kemuliaan Seorang Lelaki

Persoalan ini nampak mudah sahaja. Namun ramai yang tidak memahaminya. Bagaimana seorang lelaki menjadi mulia di sisi agama? Apa buktinya dan tandanya?

Bahkan ramai wanita keliru dalam menilai kemualiaan seorang lelaki. Akibatnya, ramai wanita memilih harta dan rupa. Tidak kurang juga yang…

Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan....

Pernahkah anda membayangkan apabila berdoa, lalu muncul pertanyaan seperti ini: "Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAINNYA."

Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat seperti ini. "Maaf, ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"

Cuba anda bayangkan semasa berduka dan ingin mengadu kepada-Nya, anda mendapat respons sebegini.

"Jika mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan Malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau Tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan mengenai syurga dan neraka!"

Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini: "Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih dari sekali pada hari ini, sila cuba lagi di kemudian hari!"

Boleh jadi anda ter…

Here are some cool facts about cucumbers!

Image

Bulan kelahiran dan Perwatakan..

Sekadar panduan dan pandangan...

JANUARI
* Mudah menyintai
* Mudah melupakan saat dikhianati
* Pandai mengoda
* Romantis tetapi kaku
* Mudah cemburu
* Mudah bergaul & pemalu

FEBRUARI
* Sukar jatuh cinta
* Menghargai pasangan
* Jujur & transparan
* Sangat romantis
* Modis

MAC
* Mudah menarik simpati lawan jenis
* Pemalu
* Mudah cemburu
* Manja
* Mudah menyintai
* tidak perna menuntut
*setia sama pasangan

APRIL
* Sulit jatuh cinta
* Tidak berani berterus terang
* Pemalu
* Butuh perhatian
* Mudah emosi
* romantis dan setia pd pasangan
* Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai

MEI
* Mudah jatuh cinta
* Baik & jujur
* Romantis
* tidak suka diatur
* Suka berkhayal
*Hobby tidur
* Nekad

JUN
* pandai menyenangkan pasangan
* Selalu setia mencintai pasanganya
* Pemaaf
* Mudah emosi
* Pelindung sejati

JULAI
* Pandai menjaga diri
* Suka didampingi
* Sukar dimengerti
* Suka & senang berterus terang
* Mudah terluka & lama pulih
* Setia
* Pendengar yang baik
* Mudah cemburu
* S…

Hati Seorang Wanita..

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja kepada insan yang bernama LELAKI iaitu SUAMI.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabi…

Hukum isteri merajuk

Soalan :
Assalamualaikum Prof, Saya ingin bertanya kepada Prof satu
soalan. Apakah hukumnya isteri merajuk dan meninggalkan rumah dengan pengetahuan suami? Suami tahu tetapi tidak berkata-kata. Adakah jangka masa tertentu yang membolehkan isteri merajuk dan keluar dari rumah? Adakah saya dikatakan nusyuz? Harap Prof sudi membantu saya.

Jawapan :
Perasaan yang merajuk tersebut, jika pun suami tidak memujuk, kita pujuklah sendiri dengan mengadu kepada Allah SWT, Insya-Allah kita akan merasa lega dan tenteram. Orang yang sabar dalam mengendalikan rumah tangga mendapat ganjaran pahala yang besar dan mencapai kebahagiaan. Sebagai mana kesabaran isteri Firaun yang telah beriman kepada Allah dan menjaga Nabi Musa, yang kata-katanya diabadikan dalam al-Quran, dalam surah al-Tahrim:11 yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firuan dan perbuatannya(yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”

Nota …

Kita boleh kehilangan sesuatu kerana Allah. Tapi janganlah sampai kita kehilangan Allah kerana sesuatu. "Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, & Allah Dia-lah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji. " (QS. Fathir: 15)

Ketika

Image

Apapun yang terjadi...bersyukurlah

Apapun yang terjadi, bersyukurlah, karena apapun yang buatmu tersenyum akan membuatmu kuat, dan apapun yang buatmu menangis akan membuatmu LEBIH kuat.

Ingatlah...
Allah tidak menjanjikan hari selalu indah dan mudah untuk dijalani. Tetapi Dia selalu memberi kekuatan untuk menghadapi cubaan.

Buat anakku sayang

Wahai anakku,
Kamu mampu mengawal tanganmu untuk melakukan apa yang patut. Sebaliknya tanganmu tidak boleh mengawalmu kerana ia tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa izin kamu.

Mampukah kamu mengawal otakmu sebagaimana tangan kamu? Apakah kamu sedang mengawal otakmu, atau otakmu sedang mengawal kamu?

Untuk senanam otak anakku di pagi Selasa ini.
Senyum

Tips tangani pasangan yang baran - Dato' Dr Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum. Ramai yg bertanya cara tangani pasangan/ org yg baran. Baran ni mungkin sbb genetik/ keturunan, jahil coping skills utk tangani baran, TAK JAGA SOLAT, hati yg kotor, alah dgn bisikan setan, terlalu stres, etc. Prinsip hidup, jika kita berubah maka Allah akan ubah semua org di sekitar kita. Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk org yg baran tu utk overhaul diri dengan:
1. Jaga solat 5 waktu & lakukan solat2 sunat qabliah & ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.
2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua org sayang. Mmg elok jika dpt SOLAT HAJAT UTK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YG SOLEH & SYG KELUARGA . Lakukan juga istikharah utk mohon panduan tangani ke baran ni & tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt…

Bangunlah kerana Allah

Image

Alkisah mangkuk kelapa...

Prnnnng

Pinggan kaca atuk jatuh ke lantai. Kaca berkecai dengan nasi lauk bersepah di atas lantai.

Saya cuba nak membantu mengutip pinggan yang berkecai itu.

"Mal jangan gerak. Nanti tangan terhiris," mak menjerit.

"Abang, papa abon bagi ke bilik dulu. Saya nak bersih sini dulu," kata mak.

Ayah pun memapah atuk yang mengalami penyakit nyanyuk ke dalam bilik.

Atuk kini 85 tahun macam budak-budak, pandai merajuk, tapi hilang kawalan pada tindakannya.

Kadangkala atuk tidak sempat ke tandas dan mengotorkan bilik sehingga menyebabkan mak tersapu menghabiskan masa untuk membersihkan katil, cadar, tilam dan mop lantai.

Saya yang berumur 10 tahun ketika itu tidak dapat membantu banyak.

Masa itu setiap hari mendengar mak merungut bila atuk membuat sesuatu sehingga mak perlu menghabiskan masa untuk bersih.

"Dia bawa ayah dia tinggal sama kata nak jadi anak soleh. Akhirnya saya yang jaga. Dia mudah kerja kat luar. Saya kena masak, kena suap makan, kena pungut tah…