Muliakah Lelaki Itu?

Ada seorang lelaki yang berpakaian kemas, berkarisma dan berharta. Dia berjalan dengan penuh bangga. Rakan sepejabat memuji penampilannya. Orang luar menghormatinya. Sedangkan isteri dan anaknya hidup dalam kelaparan. Jika dia pulang, anak dan isteri akan merasa susah hati.

Adakah lelaki seperti ini mulia di sisi Allah?

Bagaimana pula dengan seorang lelaki yang berpakaian ringkas, rendah diri dan poket nipis. Kemana saja dia pergi, tiada orang yang memandangnya. Kehadirannya tidak dirasai. Namun anak dan isterinya cukup makan. Jika dia berada di rumah, isteri dan anaknya bahagia dengan sikapnya.


Adakah lelaki ini lebih mulia di sisi Allah berbanding lelaki yang pertama?

Ukuran Kemuliaan Seorang Lelaki

Persoalan ini nampak mudah sahaja. Namun ramai yang tidak memahaminya. Bagaimana seorang lelaki menjadi mulia di sisi agama? Apa buktinya dan tandanya?

Bahkan ramai wanita keliru dalam menilai kemualiaan seorang lelaki. Akibatnya, ramai wanita memilih harta dan rupa. Tidak kurang juga yang memilih pangkat dan kerjaya. Jarang sekali yang menilai kemuliaan lelaki dari sudut agama.

Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud: " Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya. Dan aku orang yang paling baik terhadap isteriku.

" Tidak ada seorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada seorang yang menghina wanita, kecuali dia orang yang rendah pekertinya". (Riwayat Abu Daud)

Lafaz wanita dalam hadis di atas ditujukan kepada wanita secara umum. Justeru, kita dituntut memuliakan kehormatan wanita tidak kira siapa pun orangnya.

Rumsannya, Nabi telah mengajarkan kita bahawa untuk melihat kemuliaan seorang lelaki, maka lihatlah bagaimana dia melayan wanita di sekelilingnya. Sama ada ibu, isteri, anak, kakak atau adik perempuanya. Adakah dia melayan mereka dengan rasa hormat dan sopan? Atau dia melayan mereka dengan buruk dan biadab?

Ada lelaki yang hanya bersikap hormat pada ahli keluarganya namun bersikap lucah dan biadab terhadap wanita yang bukan daripada keluarganya. Ada pula lelaki yang bersopan dengan kekasihnya sahaja, tetapi bersikap keras dan kasar terhadap adik beradik perempuannya.

Ini semua menunjukkan sikap jahil dan hina dalam diri seorang lelaki, Kejahilan ini akhirnya akan membawa kepada maslah rumah tangga. Apabila mereka berkahwin, mereka akan menzahirkan sikap kasar kepada isterinya da ahli keluarganya pula.

Sejak Bujang Lagi

Sabda Nabi yang bermaksud: " Orang mukmin yang palin sempurna imannya ialah orang yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya" (Riwayat al-Tirmizi)

Lemah lembut dan berbudi tidak boleh dibentuk dalam sehari. Ia memerlukan pembudayaan semenjak kecil. Maka, lelaki yang mulia sudah mampu dilihat peribadinya sewaktu dia masih bujang lagi. Cuba kita perhatikan lelaki di sekeliling kita.

Ada lelaki yang suka mengusik, mengurat dan menggoda. Mereka melihat wanita sebagai objek seks. Mereka melayan wanita seperti alat permainan kesukaan mereka.

Ada lelaki yang suka menghina, memperli dan memandang rendah wanita. Dia langsung tidak menghargai teguran dan pandangan mereka. Jika lelaki itu bersikap begini, dia akan dihinakan oleh Allah.

ada pula lelaki yang sangat menjaga batasan halal dan haram, menghormati adab dan menjaga aurat wanita serta tidak sewenang-wenangnya mengusik anak dara orang.

Apabila mereka memandang wanita sekeliling, ereka seorang-olahnya memandang ibu mereka sendiri. Mereka mendenganr, meraikan dan menghargai wanita. Jika inilah sikap mereka, maka mereka ialah lelaki mulia di sisi Allah.


Lelaki Mulia Tidak Pernah Memukul Isteri

Paling ketara, lelaki yang mulia tidak akan menyakiti wanita di sekelilingnya dengna tangan mereka. Jauh sekali mendera isterinya sendiri. Ini bertepatan dengan hadis Nabi yang melarang lelaki memukul isteri.

Rasulullah bersabda mafhamnya: "Janganlah seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba, lalu ia mengaulinya pada malam hari." (Riwayat al-Bukari dan Muslim)

Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandar mereka kepada Allah dengan panggilan "hamba-hamba Allah dalam kalangan wnaita" sebagai gesaan supaya kita patuh kepad Allah dan berwaspada daripada melampaui batas. Nabi bersabda yang bermaksud:"Jangnalah kamu memukul hamba-hamba Allah dalam kalangan wanita."(Riwayat Abu Dawud)

Dalam dunia yang semakin meningkat penderaan seksual ke atas wanita. Sudah tentu agak sukar untuk menilai kemuliaan diri seseorang. Namun, Nabi sudah pun memberikan panduannya. semoga kita tidak slah dalam menilai kemuliaan sebenar seorang lelaki. Insya Allah.

Adaptasi dari Majalah Al Ustaz
Penulis: Ustaz A. Ubaidillah Bin Alias

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang