Hukum isteri merajuk


Soalan :
Assalamualaikum Prof, Saya ingin bertanya kepada Prof satu
soalan. Apakah hukumnya isteri merajuk dan meninggalkan rumah dengan pengetahuan suami? Suami tahu tetapi tidak berkata-kata. Adakah jangka masa tertentu yang membolehkan isteri merajuk dan keluar dari rumah? Adakah saya dikatakan nusyuz? Harap Prof sudi membantu saya.

Jawapan :
Perasaan yang merajuk tersebut, jika pun suami tidak memujuk, kita pujuklah sendiri dengan mengadu kepada Allah SWT, Insya-Allah kita akan merasa lega dan tenteram. Orang yang sabar dalam mengendalikan rumah tangga mendapat ganjaran pahala yang besar dan mencapai kebahagiaan. Sebagai mana kesabaran isteri Firaun yang telah beriman kepada Allah dan menjaga Nabi Musa, yang kata-katanya diabadikan dalam al-Quran, dalam surah al-Tahrim:11 yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firuan dan perbuatannya(yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”

Nota : Untuk jawapan lebih terperinci daripada Prof.Madya Dr.Fariza Md Sham, sila dapatkan NUR isu september 2013. Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang