Posts

Showing posts from February 9, 2014

Sahabat Soleh

Tazkirah hari ini.. 14 hb feb 2014 Dalam sebuah hadis Rasululah saw menjelaskan tentang peranan dan kesan seorang teman dalam sabda baginda saw : مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة “Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi . Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628) Perintah Untuk Mencari Teman yang Baik dan Menjauhi Teman yang Buruk ...

Sibuk sangat kan.....

Suami sibuk dengan kerjanya.. Sedang wanita ini walaupun sudah menjadi isteri, dirinya sangat perlukan perhatian. Sehinggalah Allah uji menagih perhatian itu dengan kesetiaan. ISTERI : Abangg, hari ni saya masak sedap, lauk asam pedas kegemaran abang! SUAMI : Abang dah makan. ISTERI : Abangg, bawa saya pergi klinik yea esok, rasa nak demam.. SUAMI : Sikit je tu, makan je panadol. Kalau nak pergi, naik teksi. Abang kerja esok. Hari semakin hari, banyak ditelan dengan sabar, dengan cinta menjalankan tanggungjawab setiap hari. Kemudian Allah uji... Tentang setia! Hadir seorang lelaki yang ambil berat, selalu chat di FB, wassup, wechat, dan mula berkongsi masalah.. Hingga hadir perasaan. "Sedangkan ada yang lebih menghargai aku..." ***** cerita atas adalah contoh suami yg kurang ambil hati isteri, jangan emo kata isteri curang. Point sebenar adalah di bawah ini : BOLEH BERLAKU pada isteri, pada suami, dah kahwin, masa tunang dan masa hati mencintai sese...

Berbincang untuk mencari kebenaran sangat ringan, sebab akal selari dengan bisikan hati nurani. Berbincang untuk membela pendapat dan kumpulan sangat berat. Sebab akal seringkali mesti mencari cara untuk memuaskan nafsu dan ego, walau harus mengingkari hati nurani. Hairannya, kita lebih suka yang berat berbanding yang ringan.

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. Maka dengan izin Allah S.W.T ia adalah amat sesuai untuk mengubati batuk yang kronik, selsema yang sudah lama,resdung, lelah atau sesak nafas, terutama pada bronchial asthma dan Cardiac Asthma, sakit jantung, darah gemuruh, darah tinggi, luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver), batu hempedu, batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis,luka-luka dalam mulut, sakit tengkuk, tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih di hulu hati, gastrik, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lainnya. Habbatus Sauda dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam tubuh badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelumumur, rambut gugur dan pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga merupakan sejenis perawatan awet muda. Ini kerana ia menguatka...

Cinta selepas nikah

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bernama Abu Hariz, datang bertemu dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu menceritakan bahawa dia te lah menikahi seorang gadis tetapi dia merasa takut dan bimbang kalau-kalau si gadis itu tidak menyukainya atau membencinya. Maka Abdullah bin Mas’ud RA pun berkata; إنّ الإلف من الله ، والفرك من الشيطان يريد أن يُكرِّه إليكم ما أحلّ الله ، فإذا أتتك فأْمُرْها أن تصلي وراءك ركعتين ‘Sesungguhnya kecintaan itu datang daripada Allah dan kebencian itu datang daripada syaitan yang mahu menjadikan kamu membenci apa yang dijadikan oleh Allah sebagai halal. Oleh yang demikian apabila dia mendatangi kamu maka perintahkanlah dia untuk solat sunat sebanyak dua rakaat dibelakang kamu (menjadi makmum).’ [Riwayat Ibn Abi Syaibah dan disahihkan oleh Syeikh Albani] # Allah yang memberikan cinta, justeru mohon pada Allah dan dapatkan cinta dengan cara yang halal bukan dengan cara yang maksiat dan haram. # Cinta selepas nikah boleh dicapai jika m...

Jangan terlalu keras terhadap dirimu... jika ingin menangis, menangislah, tetapi pastikan kau bangun kembali selepas itu.

Pernah tak?

Image
  Sy pernah pengsan dn dlm keadaan x sedar nampak mak. Mak ckp tapi sy x dengar bising sgt rasa. Rupanya kawan2 sedar cuba sedarkan sy dari pengsan. Sy ingat sy ckp, boleh x diam sikit tak. Sy nak dengar mak ckp apa. Rindu mak..   Pernah.. Baru je smlm. Arwah ibu sy datang dan cium dahi sy kadang2 bukan dlm tidur je.bile kite ade msalah,time tu lah tringat kt ibu kite..even pn jauh,suara ibu itu juga yg dpt menenangkan hati tatkala hati di rundum masalah Emm...mareng dlu..dlm sdor x sdor..tersebut 'maa' ..seolah kita sdg brbicara dngn nye..ya Allah tempatkan arwah maa dlm lindungnmu..syurgamu..amin.   Prnah d'dtgi arwah ibu...dlm mimpi sya byk brtnya & rsa hpy sgt...tp ibu diam jer...hya trsnyum...bila trjga mmg air mta brlinang la...al-fatihah utk arwah...   Ya.. mimpi bjmpa arwah mak. Dlm mimpi nangis sedar pn teresak nangis jgk. Rindu mak.. Al-Fatihah. ...

1 jalinan Hati 1 Rahsia rasa

Kita berjumpa kerana takdir. Kita berkawan kerana kasih sayang. Kita bersama kerana hati. Kita bergaduh kerana harga satu ikatan. TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA. TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.

Letak tangan di dada

Inbox saya terima : "...knp org lain senang je bahagia..tp sy x.. Mlm td sy nangis Pdh..sebak. masuk bilik duduk tepi dinding..nangis puas2 smbil sebut Ya Allah...lps nangis tgk diri kat cermin.mata dh bengkak" Saya reply : Allah sedang uji hati kita, kuatkan diri. Mereka yg kita nampak sahaja bahagia, hati mereka mungkin diuji dgn perkara lain. Kuat awk, seseorang skrg ini sedang juga mencari bahagia seperti awk, mahalkan diri, jgn mudah menaruh hati kalau tidak kepada lelaki yg bersungguh dapatkan awk. Teruskan solat taubat, mengharapkan dosa2 kita bukan penghalang rezeki utk kita, termasuklah rezeki beroleh jodoh yg baik. Teruskan istikharah, moga dipilihnya kita utk berjumpa insan2 yg beri semangat dan kekuatan bukan yg ambil kesempatan. Yakinlah, setiap dari kita ada jodohnya, tak ada terlewat atau tercepat seseorang itu bertemu jodoh. Yang ada ialah, jodoh akan sampai bila kita sendirian dan bersedia. Tenanglah hati, senyum dan kembali jadi seoran...

Terima kasih kepedihan... kerana mu aku bangkit! - Ustaz Pahrol

Setiap .....

Image

HasbiAllah wanikmalwakil

Image
Punya Allah...punya Segala-galanya

Surah Amalan utk kanser

Image

"Lidah adalah anggota deria untuk merasa lazatnya makanan. Sedangkan hati adalah anggota deria untuk menikmati manisnya iman."

KATA nak berubah

Kita kata kita nak berubah. Kita kata kita perlu kan kawan untuk membimbing Kita kata kita nak belajar agama Kita kata kita nak jadi seperti mawar agama yang lain Tapi kalau setakat KATA Tak buat pun masalah juga. Yang bergerak hanya mulut Tapi hati tak bergerak. Duduk diam disitu Sebenarnya kalau nak berubah Dua benda yang perlu bagi peranan Hati dan mulut. Kalau mulut saja bagi peranan tapi hati tidak. Makna nya kamu belum lagi bersungguh-sungguh untuk berubah

Matlamat syaitan adalah hendak menjadikan kita tidak yakin dengan hidup, menyalahkan takdir, menyesali jodoh dan akhir sekali membolak-balikan hati kita terhadap Allah.. Jadi berhati-hatilah.. :'-)

Racun itu ubat, ubat itu racun

Diana seorang yang terkenal dengan gosip di kalangan jirannya – gosipnya boleh memterbalikkan satu kampung – setiap masalah dalam setiap keluarga boleh digosipkan ke seluruh kampung. Suaminya Karmal kebuntuan lalu bertemu dengan seorang ustaz, Haron di kampung untuk meminta pertolongan. “Tolonglah ustaz, bagaimana boleh buat isteri ana kurangkan tabiat bergosip. Semua benda digosipkan, terutamanya apabila ana tiada di rumah, waktu petang-petang isteri ana bersama wanita-wanita sekampung akan bergosip sepanjang petang… sehinggakan masalah batin orang lain pun digosipkan,” rungut Karmal. Ustaz Haron berkata beliau mengajar Karmal untuk menggunakan silat bernama “Mulut tiga lapis…” dan Karmal balik terus mencuba apa yang diajar Ustaz Haron. “Abang dah balik, hari ini ada cerita menarik nak bagitahu abang pasal Din, jiran kita,” kata Diana, anak Mansor kepada suaminya Karmal. “Ok sayang. Tapi sebelum itu, ayang kena cuba teknik mulut tiga lapis abang,” kata Karm...