Posts

Showing posts from April 1, 2012

Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur

Duhai sahabatku sekelian yg dikasihi selalu. Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidak mahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah,itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah,itu petanda hati kita jauh daripada Allah.Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah.

Ilmu

Berdoalah utk ilmu, kemudian jgn lupa utk pohonkan agar diberi kekuatan utk mengamalkannya, selesai mengamalkan pohonlah agar diberi kekuatan luar biasa utk menyampaikan dan perjuangkan, ini kerana menuntut ilmu itu susah, lagi susah mengamalkannya dan lebih payah utk memperjuangkannya, tetapi siapa yg dapat buat, jaminan darjat di dunia dan akhirat dari Allah..    (petikan dr blog seorang teman)

Ziarah sekitar Masjid Quba

Image
Gambar-gambar di sekitar Masjid Quba.  Masjid Quba, Madinah  Kurma Fresh. Mkn kurma fresh nie sebijik, minum air Zam Zam..terasa kenyang sampai ke petang.  Mudah berniaga tembikai...promo letak atas bumbung pick-up je..    Kedai Kurma. Apa yg special? Teringat kawan aku kat opis namanya Nur Nazuha...hehehe..  Berlatar belakangkan Masjid Quba.  Pak Arab ni istimewa sket. Tiap kali aku shoot gambar dia mesti ambik plastik kat sebelah dia tutup muka. 2-3 kali aku acu shoot gambar dia dan gerai lambak dia dan begitu lah gelagat dia. Last2 dia ckp ape kat aku (dlm bhs arab) aku pun x faham...aku senyum je la...dan berlalu pergi. Suke tengok gelagat dia... Geram tengok sayur2an dan buah2an yg segar2....

Delima dari Mekah

Image
Kawan2 sebilik sepakat utk membeli buah Delima di Mekah. Kata mereka yg pernah memakannya, buahnya lebih merah, lebih manis dan lebih berair dari yg biasa. Setelah mencuba, benarlah seperti yg dikata...berbaloi membeli dan membawa balik ke Malaysia utk berkongsi rasa bersama keluarga dan teman2. Pepatah Melayu:" Merah bak Delima Merekah.." Khasiat Buah delima untuk kesihatan Buah delima mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer. Buah delima dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National ...

"Hanya keranaMu Ya Allah...kami datang menyahut panggilanMU..AllahuAkbar! "

Image
Lebih kurang 5 hari sebelum kami berlepas ke Tanah Suci, suamiku dikejarkan ke Hospital kerana mengalami sesak nafas. Kami saling berpandangan. Berbaur rasa. Ada yg menyatakan bahawa aku patut menjadual semula pemergian kami ke Tanah Suci. Jauh disudut hati aku terasa bimbang juga. Pernah membaca di salah sebuah blog kegemaranku dimana ada jemaah yg mengalami sesak nafas dalam pesawat. Akhirnya, aku bertanya dari hati ke hati; " Abg nak pegi?" Dgn genangan airmata dia menjawab, "Ya". Aku pegang erat tangannya..."Kalau gitu, kiranya ditakdirkan kita mati maka disitulah tempat yg terbaik buat kita" Kami bulatkan hati. "Hanya keranaMu Ya Allah...kami datang menyahut panggilanMU..AllahuAkbar! "

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukanlah oleh orang yang kita berikan kebaikan tersebut. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digu...

Bermulanya satu perjalanan - Umrah 12hb Mac 2012 - 25hb Mac 2012

Image
Semasa mendaftar untuk pakej umrah, aku sebenarnya telah mengambil pakej ke Madinah baru ke Mekah tetapi Allah telah menjemput kami ke Mekah terlebih dahulu. Terkejut sebenarnya bila 3 minggu sebelum berlepas kami diberitahu bahawa Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan flight yg kami naiki pada tarikh berkenaan dikehendaki ke Jeddah bukan Madinah. Bukan sebab apa, salah aku jugak sbb time ustaz ajar aku banyak fokus  ttg umrah bermula dari Madinah baru ke Mekah.Kalau ke Madinah, kita akan berihram di Bir Ali. Jadi rasa mcm agak tenang. Kalau penerbangan terus ke Mekah, tempat miqatnya di Qarnurmanazil dan kami dikehendaki memakai ihram sebelum menaiki pesawat dan mematuhi semua larangan2 ihram.Tiba2 kami kene ke Mekah terlebih dahulu, agak kelam kabut dlm hati ini. Rasa mcm belum bersedia. Rasa amat takut sekali." Ya Allah Tenangkan hati aku...Permudahkan lah Ya Allah..jgn dipersulitkan.." dan percayalah kita merancang, Allah juga merancang dan rancangan Allah Jauh l...