Posts

Showing posts from December 8, 2013

“Either you talk yourself out of the problem, or you talk yourself deeper into the problem.”

Wahai anakku, Apabila perkara yang diharapkan tidak terjadi seperti yang dihasratkan, jangan anggap ia adalah satu perkara yang besar kerana bukan semua perkara dapat dijangka manusia. Jika kamu merasakan jalan yang dilaluimu seperti jalan menaiki gunung, Jika kamu merasakan ingin bersenyum tapi terpaksa mengeluh, Berehatlah seketika, tapi janganlah kamu berputus asa. Wahai anakku, Kejayaan adalah kegagalan yang ditimbang balik. Di awan mendung, ada kilauan perak.. Kamu tidak akan tahu sudah betapa dekatnya kamu dengan kejayaan kamu walaupun ia nampak jauh dari kedua matamu. Maka, wahai anak kesayanganku, bertarunglah ketika kamu diuji dengan ujian terberat. Pada waktu sesuatu perkara yang sangat tidak diingini berlaku, pada ketika itulah kamu tidak boleh berputus asa. Senyumlah wahai anakku walaupun betapa susahnya untuk memberikan senyuman. Ingatlah pepatah Inggeris ini: “Either you talk yourself out of the problem, or you talk yourself deeper into the problem.” ...

Hanya kita yang boleh menentukan fikiran kita. Fikiran kita menentukan kehidupan, tiada siapa yang boleh kita salahkan atas hasil kehidupan kita setakat hari ini. Allah beri akal untuk buat pilihan. Antara petikan Buku Refleksi Diri, Prof Dr. Muhaya

Hati wanita mudah saja terusik saat menjelangnya akad nikah dan sehingga halal bergelar isteri, jatuhnya air mata wanita yang dinikahi bukan kerana dia gembira semata-mata tetapi jauh di sudut hatinya dia turut tersentuh kerana melihat ayah melepaskannya dengan cara terhormat.

Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita . Dengan itu , berhentilah mengejarnya . Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita , dan kita perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat ♥♥

Nilai sebenar seorang isteri...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.  PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya" Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..." PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama ora...