“Either you talk yourself out of the problem, or you talk yourself deeper into the problem.”

Wahai anakku,
Apabila perkara yang diharapkan tidak terjadi seperti yang dihasratkan, jangan anggap ia adalah satu perkara yang besar kerana bukan semua perkara dapat dijangka manusia.

Jika kamu merasakan jalan yang dilaluimu seperti jalan menaiki gunung,
Jika kamu merasakan ingin bersenyum tapi terpaksa mengeluh,
Berehatlah seketika, tapi janganlah kamu berputus asa.

Wahai anakku,
Kejayaan adalah kegagalan yang ditimbang balik. Di awan mendung, ada kilauan perak..

Kamu tidak akan tahu sudah betapa dekatnya kamu dengan kejayaan kamu walaupun ia nampak jauh dari kedua matamu.

Maka, wahai anak kesayanganku, bertarunglah ketika kamu diuji dengan ujian terberat.

Pada waktu sesuatu perkara yang sangat tidak diingini berlaku, pada ketika itulah kamu tidak boleh berputus asa.

Senyumlah wahai anakku walaupun betapa susahnya untuk memberikan senyuman.

Ingatlah pepatah Inggeris ini: “Either you talk yourself out of the problem, or you talk yourself deeper into the problem.”

Senyum.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang