Posts
Showing posts from September 15, 2013
Solat bukan 'tayar ganti"
- Get link
- X
- Other Apps
1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar. 2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah. 3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis. 4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama. 5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas. 6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat! 7. Apabila Allah swt men...
Siapa yang bocorkan tayar?
- Get link
- X
- Other Apps
Zila seorang pemilik nasi lemak. Walaupun Zila pandai memasak, akan tetapi Zila menggaji dua orang rakannya yang mengganggur untuk memasak di kedainya. Sekurang-kurangnya dua orang rakan ada kerja untuk menyara keluarga sementara Zila meneruskan kerja-kerja dakwahnya bersama seorang ustaz. Dua rakannya dihantar menghadiri kursus nasi lemak untuk meningkatkan mutu masakan. Setelah 6 bulan, kemahiran dua rakan melebihi kemahiran Zila dalam pemasakan dan bisnes di nasi lemak juga bertambah baik. Namun pada satu hari, salah seorang rakan berkata keluarganya tidak gembira dengan keputusan dia untuk bekerja di kedai nasi lemak. Kata dia, keluarganya akan mengeluarkan modal untuk dia untuk membuat kedai nasi lemak sendiri. “Kamu yang masak. Mengapa nak kerja bawah orang?” desak keluarganya. Akhirnya rakannya membuka satu kedai nasi lemak berhampiran dengan kedai Zila dan menyebabkan bisnes Zila merudum. Ketika itu, Zila cukup kecewa. Ramai yang bertanya mengenai nasibnya...
Warkah buat anakku Sayang: Ego
- Get link
- X
- Other Apps
Wahai anakku, Bagaimana orang lain melihat diri kita tidak penting.Bagaimana kita melihat diri sendiri, itu adalah segalanya. Wahai anak kesayanganku, Beringatlah bahawa adalah lebih baik untuk kita kehilangan ego kepada orang yang kita sayang, daripada kehilangan orang yang kita sayang kerana ego kita. Ego tidak akan membawa kita ke mana-mana. Wahai anakku, Dunia adalah tempat ujian. Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia. Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja. Senyum
Warkah buat anakku sayang: Jatuh bukan segalanya
- Get link
- X
- Other Apps
Wahai anakku, Engkau yang jatuh dan berdiri semula adalah jauh lebih kuat daripada sahabat-sahabatmu yang tidak pernah jatuh. Tabahkan hati. Kejatuhan itu bukan kegagalan, kejatuhan itu adalah untukmu mengutip ilmu yang membawamu ke persada yang lebih tinggi daripada sahabat-sahabatmu. Sambil kutip ilmu itu senyumlah, wahai anak kesayanganku, kerana ilmu itu tangga ke arah kejayaan. Senyum