Menjadi Kismis Belum Anggur
Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak datang begitu sahaja. Ia merupakan suatu proses, dalam beberapa tahap. Antara satu tahap ke tahap yg lain memerlukan masa yang cukup panjang . Sering kali kita melihat diri kita begitu besar dan matang, padahal kenyataanya masih begitu kecil dan mentah. Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ia merupakan hasil daripada sautu proses. Proses ini terdiri daripada beberapa tahap. Antara satu tahap ke tahap yg lain biasanya memerlukan masa yang cukup panjang. Hukum ini berlakuuntuk semua makluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari2 di dalam kepompong sebelum menjadi rama2 yg cantik. Setitis air mani menghabiskan masa berbulan2 di dlm rahim sebelum menjadi bayi yang comel. Bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis. Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua proses ini, maka proses kesempurnaan itu akan terbantut. Lalu ia tidak akan pernah sempurna untuk se...