Posts

Showing posts from 2017

Temukan kami di Firdaus!

"Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar."  (Terjemahan surah at-Taghabun 64:15)
Ramai ibu bapa yang tertipu dengan lakonan anak-anak. Apabila sesuatu yang buruk terjadi barulah mereka mencari-cari sebab mengapa dan siapa yang boleh dipersalahkan. Ramai juga membela hanya berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh anak-anak. Bukankah anak-anak merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya?
Allahuakbar .. di luar sana cabaran anak-anak dan ibu bapa sangat besar. Mana mungkin mampu dengan kudrat yang ada untuk mengawasi anak-anak setiap masa. Ibu mana yang tidak mengasihi anak-anak? Berapa ramai pasangan yang tidak dikurniakan anak-anak?
Lalu, di satu pertiga hujung malam tersisa, dipanjatkan permohonan kepada Allah yang telah mengurniakan anak-anak kepada kami, Seharusnya rintihan hati dicurahkan kepada Si Pemberi.
"Ya Allah Ya Rahman. Terima kasih kerana mengurniakan anak-anak kepada kami. Namun, kami tida…
Hati berkata, 'Ya Allah - Al Hakim - Yang Maha Bijaksana, ini ketentuan bagiku. Barangkali ada sesuatu yang dapat dipelajari daripada selautan luas ilmu-Mu. Ajarlah daku, bimbinglah daku. Permudahkan segala urusanku. DAku mahu menjadi insan cemerlang di sisi-Mu dunia dan akhirat.
Ya Allah ya Tuhanku...ampunkan daku jika gagal menjalankan amanah yang dipertanggungjawab kepadaku sebagai isteri dan sebagai ibu.

Ya Allah - Al Zhahir - Yang Maha Nyata dan ya Allah - Al Bathin - Yang Maha Tersembunyi memahami perasaan hat,, perkenankanlah
Ya Allah...Izinkan daku berubah. Biar hari ini lebih baik daripada semalam. Biar semalam jadi sejarah yang indah. daku mahu berubah demi -Mu ya Rabb!


Wahai Tuhan...perkenankanlah