Saya telah kehilangan barang kemas dan sy menjadi musykil tentang kehilangannya. Hilang dalam simpanan. Mula2 tu terasa marah, terkejut, kecewa bila pencariannya tidak mendatangkan hasil. Lalu saya diam sejenak, istigfar. "Siapalah aku nak marah atas kehilangan ini sbb semua yg kita ada hanyalah pinjaman dari DIA. Kalau DIA nak ambik, sekelip mata DIA boleh ambil." Lalu sy diam lagi. Betulkan niat. Kalau dulu sy nak cari barang sy yg hilang , tapi kali ni sy nak cari barang yg Allah pinjamkan kepada sy lalu menjadi tanggungjawab saya utk menjaganya dan utk menjadikan ia bermanafaat sebagai suatu ibadah. Mungkin salah saya jugak sbb menganggap barang kemas sebagai satu pelaburan yg sangat berguna ketika kita susah, walhal yg membantu sebenarnya adalah ALLAH. Barang adalah salah satu cara bantuan dari ALLAH dan ALLAH punya banyak cara utk membantu hamba2nya. Pesan saya pada anak, tak apalah, kita usaha dulu. Sekiranya ada rezeki kita Allah akan pulangkan pada kita. Jika tida...
Comments