Temukan kami di Firdaus!

"Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar."
 (Terjemahan surah at-Taghabun 64:15)

Ramai ibu bapa yang tertipu dengan lakonan anak-anak. Apabila sesuatu yang buruk terjadi barulah mereka mencari-cari sebab mengapa dan siapa yang boleh dipersalahkan. Ramai juga membela hanya berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh anak-anak. Bukankah anak-anak merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya?

Allahuakbar .. di luar sana cabaran anak-anak dan ibu bapa sangat besar. Mana mungkin mampu dengan kudrat yang ada untuk mengawasi anak-anak setiap masa. Ibu mana yang tidak mengasihi anak-anak? Berapa ramai pasangan yang tidak dikurniakan anak-anak?

Lalu, di satu pertiga hujung malam tersisa, dipanjatkan permohonan kepada Allah yang telah mengurniakan anak-anak kepada kami, Seharusnya rintihan hati dicurahkan kepada Si Pemberi.

"Ya Allah Ya Rahman. Terima kasih kerana mengurniakan anak-anak kepada kami. Namun, kami tidak mampu menjaga mereka sepanjang masa. Kami tiada upaya! Kami serahkan mereka kembali kepada-Mu ya Rabbi."

"Peliharalah keselamatan dan kesejahteraan mereka. Jadikanlah mereka hamba yang dekat kepada-Mu. Sisihkan mereka daripada hamba yang melalaikan dan yang menjauhkan diri daripada-Mu. Berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat."

"Wahai Tuhan! Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Kurniakanlah mereka taufik serta hidayah-Mu. Jangan dipalingkan hati mereka. Jadikan mereka hamba yang memegang tali agama-Mu yang paling kukuh."

"Wahai Tuhan.... perkenankanlah!"

"Ya Allah...mereka anak kami. 
Temukan kami di Firdaus!"

#perca

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah