Posts

Showing posts from October 27, 2013

Nilai Sebuah Masalah

Image

Jangan cuba membeli ketenangan dengan kesenangan... nanti bertambah derita.

Saya nak jadi BOSS

Ramai org tak sabar utk sampai ke puncak kejayaan.

Ramai tak sabar2 nak kaya, tak sabar2 nak jadi boss pada usia muda.

Mereka lupa satu perkara yg sangat penting bagi kejayaan seseorang ----> belajar untuk memulakan sesuatu dari bawah. Belajar bersabar menjadi kuli sebelum menjadi boss kuli....

Kejayaan itu bukan letak pada pangkat, tp bagaimana hikmahnya kita bergaul dengan manusia dan memimpin mereka.

Memimpin manusia tidak memerlukan pangkat dan kuasa. Tp memahami kehendak dan kehidupan mereka. Kita takkan mengerti semua ini tanpa bermula dari bawah.

Bersabarlah. Google, apple, facebook, trump, alan sugar, malah rasulullah sendiri semua bermula dari bawah. Bermula dari kutukan dan hinaan. Akhirnya beroleh kejayaan dan kepimpinan.

Mampukah kamu bersabar untuk sesuatu yg lebih besar dihadapanmu?

FIKIR2KAN

Ingin sambung belajar?

Siapa antara kita yang pernah memikirkan…

1. Ingin sambung belajar di peringkat Master dan PhD?
2. Ingin memiliki rumah sendiri sebelum umur 35 tahun?
3. Ingin mengurangkan berat badan?
4. Mulai hari ini tidak ingin lambat ke kerja?
5. Ingin meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak-anak?

Dan kemudiannya semua hasrat ditangguhkan oleh alasan seperti…

1. Saya dah terlalu tua untuk itu…
2. Saya terlalu letih…
3. Saya malas…
4. Saya terlalu sibuk…
5. Saya susah itu dan ini…
6. Benda itu terlalu susah…

Ingatlah manusia boleh mencari seribu satu alasan untuk TIDAK MELAKUKAN SESUATU… susah, tak mungkin, tak berdaya, mak tak suka, teman tak suka, duit tak cukup… dan banyak antara kita yang sanggup menghabiskan masa untuk mencari seribu satu alasan ini.

Walhal, untuk melakukan sesuatu, kita tidak perlu seribu alasan, kita hanya memerlukan satu alasan yang baik untuk mela-kukannya.

Mengapa kita tidak fokus mencari alasan yang satu itu, daripada menghabiskan masa mencari seribu satu alasan unt…

Allah itu tidak pernah salah

Allah itu, tidak pernah salah tunjuk.
Allah itu, tidak pernah salah susun.
& Allah itu, tidak pernah salah dalam perancanganNya.

Allah, yang kasih sayangnya melebihi ibu,
tidak akan pernah menganiayai hambaNya.

Ya Allah, jangan pernah Engkau serahkan urusan kami, kepada kami, walaupun hanya dengan sekelip mata, atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu.

Dia.. Sahabat yang selalu Dirindui..

Dahulu, dia hanyalah gadis polos yang tidak mengerti apa-apa dengan 'mini skirt', seluar pendek, ' spagghetti strap', seksi yang amat dengan rambut panjang mengurai, 'contact lens' berwarna warni bersilih ganti. Sungguh dia memang cantik. Malamnya, diisi dengan bermesej dan 'calling-calling' bersama ajnabi.

Namun kini, dia lengkap berjubah, bertudung labuh, siap memakai 'inner tudung', berstokin kaki dan tangan, kasut tertutup lagi, dan Alhamdulillah.. tahap malu pun lebih tinggi, Al-Quran juga sentiasa di sisi.

Bila Hidayah menyapa,bila Tarbiah mengajar dia.
Allah..
'Moment-moment' begini memang mudah buat kita rasa nak nangis kan?
Sejuk hati.
Sungguh,dia hebat.

"Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi Baik, memang dia akan jadi Baik." Dan sungguh, saya percaya di sebalik orang yang hebat itu,ada sejarah yang memperhebatkannya. ada seseorang di belakangnya. dan ada 'sesuatu' pada kisah hidupnya. Moga dia…

Dunia bukan Syurga

Petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr. Muhaya Sejernih Sinar Matamu:

"Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini bukan syurga. Hanya di syurga tidak ada masalah. Tugas kita ialah apa respon kita terhadap masalah. Menjadi kewajipan orang beriman untuk tahu hikmah di atas segala masalah"

Saya nak berubah tapi.....

Ramai yang meluahkan..
"Saya teringin nak pakai tudung labuh, tapi tak ada kekuatan"
"Saya nak berubah, tapi kawan-kawan suka memperlekehkan"
"Kalau saya nak mula pakai tudung labuh, apa pulak kata kawan-kawan saya"

Dear Muslimah..
Memang, jika inginkan perubahan dalam hidup kamu,
Perlukan sedikit pengorbanan,
Bukan dinamakan "Hijrah" jika tiada halangan,
Kamu pasti mampu. yakinlah..

# Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta :')

Kapur dan Pemadam

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru …

Orang Sabar

Petikan Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr. Muhaya:

"Orang yang sabar ialah orang yang berjaya, kerana ‘sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat’ – orang yang sabar akan berhasil usahanya. Hanya orang yang sabar akan sanggup menghadapi sebarang rintangan atau dugaan demi untuk mencapai kemenangan atau apa-apa yang dihajatinya. Orang yang sabar, sanggup, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian’ – bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"